
LEBIH 12 tahun melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan, semangat Norsham Sariyon tidak pernah putus dalam meneruskan perjuangannya sehingga kini.
Pengusaha dan pengeluar produk aneka rempeyek di bawah jenama Nufaily itu juga dilihat masih berdaya dan gigih menjual meskipun usianya mencecah 63 tahun.
Saban hari tekun mengusahakan kuih tradisional warisan turun-temurun keluarganya, Norsham giat memperkenalkan aneka rempeyek yang mungkin jarang didengar dan dijual di pasaran.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu produk moden, guna santan jadikan 'mask', bantu masalah rambut kelemumur
BACA LAGI: Cantik tapi rasa sempit? Kerap tinggal solat Subuh, bertengkar antara 8 sebab rumah kurang 'barakah'
Rempeyek yang dihasilkan juga terdapat dua rasa iaitu biasa dan pedas.
Aneka rempeyek unik
Rempeyek sememangnya antara snek atau kuih tradisional masyarakat Melayu yang terkenal di seluruh Malaysia.
Bermula dengan versi asli menggunakan kacang tanah, Norsham kemudian mencipta variasi baharu yang semakin popular iaitu rempeyek kuaci.
Menurutnya, idea tersebut muncul apabila Norsham mendapati biji kuaci mudah diperoleh dan mempunyai tekstur lembut yang semestinya mudah buat pelanggan warga emas atau kanak-kanak.
"Lagi pun bila dah mula jual, nampak orang ramai lebih suka kuaci sebab tak keras sangat macam kacang tanah.
Produk Norsham juga menerima tempahan majlis.
Air tangan 'orang lama'
Meskipun tiada pekerja, malah kedai besar, Norsham bersama suami dan dibantu anak-anaknya tetap tidak berputus asa menghasilkan produk mereka.
"Saya selalunya memang masak berdua dengan suami. Resepi pun biasa tiada rahsia.
"Kalau tak nak rempeyek serap minyak, saya selalu susun semua rempeyek yang baru goreng atas penapis dialas dengan tisu dan biar di suhu bilik kira-kira seharian sebelum masukkan dalam balang.
"Sukatan pun tak kira sangat, agak-agak sahaja. Tengok keadaan juga, kalau adunan terlebih pekat, campurkan sedikit air," katanya.
Istimewanya, harga semua jenis rempeyek juga dijual sama rata baik kacang tanah, kuaci, kacang dal atau ikan bilis.
Dengan modal sekitar RM10 hingga RM15 sebalang, Norsham hanya menetapkan kesemua jenis rempeyeknya untuk dijual pada harga RM25.
Untung bersihnya pula dianggarkan sekitar RM3 setiap balang.
Jumlah tersebut mungkin kecil, namun baginya, rezeki itu cukup untuk dikongsi bersama golongan memerlukan.
Selain rempeyek, Norsham juga menjual kuih sejuk beku seperti karipap.
Semangat infak jadi motivasi
Kata Norsham, dedikasinya untuk berniaga bukanlah semata untuk mengaut keuntungan.
"Kami sekeluarga memang selalu buat infak, jadi bila teringat balik, kita jadi sentiasa ada tenaga nak teruskan.
"Selagi kami berdua masih mampu, kita buatlah. Rehat sekejap siang, sambung malam pula," ujarnya.
Selain menjual secara terus kepada pelanggan di rumah, Norsham juga menerima tempahan majlis seperti perkahiwnan dan acara korporat.
Norsham pada masa sama mengeluarkan produk kuih sejuk beku dan aneka snek tradisional lain seperti jejari manis dan kapit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram