Cantik tapi rasa sempit? Kerap tinggal solat Subuh, bertengkar antara 8 sebab rumah kurang 'barakah'


  • Cinta
  • Selasa, 01 Jul 2025

Hubungan penghuni di dalam sesebuah rumah bergantung pada amalan harian yang dilakukan. — Gambar hiasan

WALAUPUN dihias indah dengan pelbagai jenis perabot mahal atau sentuhan dekorasi moden, ia tidak sesekali menjanjikan ketenangan pada sesebuah rumah.

Dikala sibuk mengejar gaya hidup material, ramai terlepas pandang kepentingan mencari keberkatan dan barakah di dalam kediaman.

Barakah dalam rumah bagaimanapun bukanlah terletak pada keluasan ruang, hiasan, atau canggihnya kelengkapan, sebaliknya bergantung kepada sejauh mana penghuni rumah tersebut mengingati dan menunaikan tuntutan ALLAH bagi umat Islam.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tarikan' kayu eksotik hutan Pahang, isteri sanggup berhenti kerja bantu suami ceburi bidang kraf tangan

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sentuh elaun belajar demi buat modal, mekanik wanita nekad sambung legasi bengkel ayah di Kuantan

Keindahan sesebuah rumah tidak menjaminkan sebarang ketenangan kepada penghuni. — Gambar hiasan/Agensi

Dalam konteks penghuni yang sudah berkeluarga, terdapat beberapa ciri red flag yang mungkin tidak disedari pada rumah kediaman sekali gus memberi kesan negatif terhadap sesuatu hubungan.

Berdasarkan perkongsian pengguna aplikasi Threads @rahsiacintasejati, berikut merupakan beberapa tanda perlu diteliti dan diubah.

1. Solat Subuh sering terlepas, namun penggera masih ditetapkan untukke tempat kerja.

2. Tidak menyentuh al-Quran, tetapi gajet sentiasa pada tangan.

3. Suara amarah lebih kuat berbanding berzikir.

4. Mudah mengumpat dan kurang berdoa.

5. Solat dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa atau ditinggalkan terus.

6. Mewah dengan makanan, namun tidak dimulakan dengan mengucap Bismillah.

7. Pertengkaran menjadi kebiasaan, tetapi terasa asing ketika memberi salam.

8. Tertekan sepanjang masa.

"Rumah bukan hilang barakah kerana miskin, tapi kerana ALLAH dilupakan.

"Barakah bukan mistik. Ia hadir bila hak ALLAH ditunaikan dalam rumah," tulisnya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk memilih pasangan hidup yang lebih mengutamakan untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: "Rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya seperti kubur" (HR Tirmizi).

"Maka, rumah yang luas, mewah dan penuh rezeki sekali pun boleh terasa ‘mati’ jika tidak dihidupkan dengan ibadah." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram