[VIDEO] 'Adab mendahului ilmu', pengantin turun pelamin jumpa ibu bapa contoh tepat upacara salam restu majlis perkahwinan


  • Cinta
  • Isnin, 30 Jun 2025

Upacara salam restu sebagai simbol penghormatan dan keharmonian antara ibu bapa dan pengantin. — Gambar hiasan/khkcatering

ADAT dan budaya sememangnya tidak pernah luntur khususnya dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Majlis perkahwinan yang penuh dengan adat itu bukan sekadar meraikan penyatuan dua jiwa, tetapi memperlihatkan kekayaan dan keindahan budaya yang diwarisi turun-temurun.

Bermula dari merisik, meminang, berinai hingga ke malam berarak, setiap prosesnya sarat dengan nilai sopan santun.

BACA LAGI: 'Berdiri tepi tingkap kelas tadika', nukilan Raja Zarith Sofea kenang zaman kanak-kanak TMJ

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sentuh elaun belajar demi buat modal, mekanik wanita nekad sambung legasi bengkel ayah di Kuantan

 

 

 

 

 

Upacara salam restu juga menjadi lambang dan simbol kasih sayang dan penghormatan tinggi terhadap ibu bapa serta ahli keluarga raja sehari.

Berdasarkan perkongsian video oleh pengguna akaun Thread @normala.abubakar, pasangan pengantin turun dari pelamin untuk bersalam dengan kedua ibu bapanya yang duduk di kawasan bawah.

"Inilah contoh yang betul. Upacara salam restu, pengantin turun salam ibu ayah, datuk nenek.

"Bukan yang tua sembah pengantin. Peradaban Melayu yang asli. Adab mendahului ilmu," tulisnya.

Baginya, ia merupakan contoh yang perlu diikuti ramai kerana lebih beradab dan sebagai tanda hormat kepada individu lebih tua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram