[VIDEO] 'Tariklah nyawa saya lepas anak besar', pempengaruh Malaysia trauma kenang detik seram pesawat Batik Air mendarat senget di Indonesia


  • Bonda
  • Isnin, 30 Jun 2025

Keynaazami (gambar kecil, kanan) masih trauma selepas kejadian pesawat Batik Air mendarat dalam keadaan miring di Indonesia pada Sabtu lalu.

KEJADIAN sebuah pesawat Batik Air hampir terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Soetta), Indonesia pada Sabtu lalu disebabkan cuaca buruk pastinya menjadi pengalaman tidak akan dilupakan oleh mangsa terlibat.

Begitu juga dengan seorang daripada penumpang pesawat terbabit yang merupakan pempengaruh warga Malaysia.

Pempengaruh yang dikenali sebagai Keynaazami juga berkongsi detik mencemaskan itu menerusi video dimuat naiknya di aplikasi Thread.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Adab mendahului ilmu', pengantin turun pelamin jumpa ibu bapa contoh tepat upacara salam restu majlis perkahwinan

BACA LAGI: 'Berdiri tepi tingkap kelas tadika', nukilan Raja Zarith Sofea kenang zaman kanak-kanak TMJ

 

 

Katanya, pengalaman yang cukup membuatkannya trauma itu berlaku ketika dalam perjalanan melakukan urusan kerja singkat di Jakarta, Indonesia.

"Kami dalam pesawat ketika itu memang fikir mati sahaja. Keadaan dalam pesawat mula-mula baik, tetapi waktu nak mendarat mula ada turbulence (gegaran) teruk.

"Waktu itu semua dah menjerit dan pesawat seolah-olah nak menjunam. Waktu memang saya banyak kali istighfar dan dalam kepala saya hanya fikir anak.

"Saya ada anak kecil, masih bayi. Saya doa 'ya ALLAH, jangan tarik aku. Kalau nak tarik (nyawa) aku, tolonglah selepas anak dah besar.

"Sebab saya ada tanggungjawab untuk bagi anak rezeki, dapat susu badan sampai dua tahun.

"Sebab niat saya waktu lahirkan dia, saya memang nak bagi susu badan sampai umur itu," luahnya sebak.

 

 

Menurutnya, kejadian tersebut turut membuatkannya memilih untuk mendedahkan wajah putera sulungnya di media sosial.

"Saya dedah muka anak kali ini sebab tragedi yang menimpa betul-betul terkesan.

"Jika satu hari nanti apa-apa jadi, ada kenangan saya rakam yang tak boleh padam," tambahnya.

Dalam kejadian sama, pesawat jenis Boeing 737 itu mendarat dalam keadaan miring atau senget akibat angin silang yang kuat sehingga sayap dan enjin kanannya hampir menyentuh permukaan landasan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram