
SELEBRITI dan model tersohor Indonesia, Nikita Mirzani menjadi tumpuan ramai apabila kelihatan semakin berseri ketika menghadiri sesi perbicaraan di mahkamah baru-baru ini.
Pelakon berusia 39 tahun itu juga mengakui menerima layanan yang baik sepanjang berada dalam tahanan di Penjara Pondok Bambu, Jakarta Timur, Indonesia.
"Ya (saya semakin cantik) kerana dijaga oleh petugas-petugas wanita di penjara," katanya pada Selasa lalu.
BACA LAGI: 'Berdiri tepi tingkap kelas tadika', nukilan Raja Zarith Sofea kenang zaman kanak-kanak TMJ
Sepanjang berada di dalam penjara, ibu kepada tiga anak itu mendedahkan bahawa setiap harinya diisi dengan pelbagai aktiviti.
Katanya, banyak aktiviti yang dilakukan membuatkan Nikita lebih aktif dan berwaspada, baik dari segi fizikal atau mental.
"Aktiviti (di penjara) termasuk belajar membuat rambut, manik dan bersukan.
"Malah, persekitaran di dalam penjara itu cukup mesra. saya rasa dihargai dan dilayan dengan baik oleh pegawai dan rakan banduan.
"Banyak aktiviti dalam penjara, isteri Ketua Penjara dan semua banduan di sana bagus," jelasnya.
Sejak 4 Mac lalu, Nikita Mirzani dan pembantunya, Mail Syahputra ditahan pihak berkuasa Indonesia.
Mereka ditahan berhubung atas kesalahan melakukan peras ugut dan pengubahan wang haram berjumlah RM779,000 (3 bilion Rupiah). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram