[VIDEO] Tak perlu produk moden, guna santan jadikan 'mask', bantu masalah rambut kelemumur


  • Gaya
  • Selasa, 01 Jul 2025

Khasiat santan kelapa yang mampu mengurangkan masalah kulit kepala atau rambut gugur. — Gambar hiasan/Agensi

SIAPA sangka rahsia mendapatkan rambut sihat, lembut dan tidak mudah gugur ternyata hanya boleh didapati dengan bahan semula jadi iaitu santan kelapa segar.

Selain menjadi antara bahan dalam masakan, santan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk digunakan pada rambut.

Menurut pakar perubatan di Indonesia, Dr. Nadia Nurotul Fuadah, santan kelapa sememangnya mengandungi pelbagai nutrien penting yang baik untuk rambut dan kulit kepala.

BACA LAGI: Derita wanita ditinggalkan suami, lumpuh lepas beranak czer, tulang belakang mereput

BACA LAGI: Cantik tapi rasa sempit? Kerap tinggal solat Subuh, bertengkar antara 8 sebab rumah kurang 'barakah'

Antaranya adalah vitamin B1, B3, B5, B6, vitamin C dan E, protein, asid laurik, kalsium, kalium dan zat besi.

Dengan kandungan nutrisi tersebut, santan dapat membantu menjaga kelembapan rambut, menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu meredakan keradangan kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur serta menjadikan rambut lebih lembut, bersinar dan mudah diurus.

Katanya, bagi mendapatkan manfaatnya secara menyeluruh, santan boleh dijadikan sebagai mask rambut.

Cara menggunakannya pula adalah dengan melumurkan santan pada rambut yang masih kering.

Kemudian, urut kulit kepala bersama santan selama 15 hingga 30 minit, bilas sehingga bersih sebelum meletakkan syampu.

Pastikan rambut dibilas sehingga bersih dan tiada sisa santan yang tertinggal bagi mengelakkan rambut berminyak.

Anda juga boleh mengamalkannya setiap satu hingga dua kali seminggu sekiranya serasi.

Bagaimanapun, bagi individu yang alah pada santan tidak digalakkan untuk mencuba petua tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram