
SEHINGGA hari ini, nahas melibatkan sebuah bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik, Perak pada 9 Jun lalu masih diperkatakan orang ramai.
Ini kerana masing-masing mendesak pihak berkuasa supaya mencari solusi terhadap sikap segelintir pemandu kenderaan berat yang boleh mengundang padah buat pengguna jalan raya lain.
Bagaimanapun, bagi keluarga arwah Nurly Shahirah, kehilangan cahaya mata mereka yang baru berusia 23 tahun itu memberi kesan berbeza apabila insiden tersebut membuka mata ramai mengenai Allahyarham.
BACA LAGI: Gua Kelam ke dua lebih mencabar, ada trek basah dan kering.
BACA LAGI: Pekerja spa cedera disimbah asid lelaki tidak dikenali di Bachok
Pemergian arwah Nurly yang menghafaz 30 juzuk cukup dicemburui orang ramai.
Siapa sangka, penuntut di UPSI itu rupanya menghafaz 30 juzuk Al-Quran ketika masih di Sekolah Menengah (SM) Imtiyaz, Besut, Terengganu dengan kisah tersebut tersebar tidak lama setelah nahas tersebut terjadi.
Menyedari kecintaan arwah terhadap agama, orang ramai mengambil peluang menziarahi perkuburannya dengan masing-masing mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
Namun, di sebalik kunjungan tidak putus itu, ada pula kisah kurang enak didengari apabila terdapat segelintir pihak bertindak keterlaluan dengan melakukan amalan bertentangan dengan syarak.
Pengguna Facebook, Ahmad Nazrul menceritakan kejadian yang mana individu mengambil tanah kubur Allahyarham sehingga mendesak pihak keluarga mengambil langkah pencegahan.
"Kawasan kubur arwah Nurly akan mula dipasang tali bermula petang ini (Sabtu), tiada sesiapa dibenarkan melintasi tali penghadang tersebut. Datang ziarah kubur itu cukuplah dengan berdoa, bukan ambil tanah kubur bawa balik sekali.
Arwah Nurly merupakan salah seorang penuntut UPSI yang meninggal dunia akibat nahas tersebut.
"Ada yang ambil tanah kubur masukkan dalam poket dan plastik, ada yang ambil tanah kubur kemudian sapu pada muka anak. Bukan semua, tetapi ada. Tali akan dipasang di kawasan kubur untuk mengelakkan kejadian ini berulang," tulisnya.
Amalan menziarahi kubur adalah sesuatu yang sunat dilakukan, namun hanya sekiranya ibadah itu dilakukan dengan niat mengingatkan kematian dan menyemai perasaan insaf dalam diri.
Bagaimanapun, kelakuan seperti mengambil tanah kubur orang alim adalah ditegah kerana ia bersifat khurafat dan hanya mengundang fitnah dalam kalangan masyarakat.
Jadi, kelakuan mengambil tanah di kubur arwah Nurly sepatutnya ditegah dengan tindakan diambil pihak keluarga Allahyarham diharapkan tidak menimbulkan sebarang persoalan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram