
JIKA anda ke Perlis dan suka cabaran, jangan sesekali terlepas untuk singgah ke Gua Kelam ke dua jerana kekayaan sejarahnya yang terkenal dengan penemuan aktiviti perlombongan bijih timah iaitu perlombongan dalam gua ketika pertengahan abad lalu.
Bahkan, ia kini menjadi lokasi pilihan buat mereka yang ingin merasai bagaimana rasanya berada dalam gua peninggalan Komunis itu.
Menerusi hantaran video di Tik Tok, @pinataledros atau nama sebenar Sharifah Syafeenaz Syed Azmer, berkata, gua itu lebih mencabar dan menarik daripada Gua Kelam Satu.
BACA LAGI: Rumah tradisional nelayan hiasi Pantai Kampung Jambu Bongkok
BACA LAGI: [VIDEO] Tasik Cermin transformasi bekas kuari kepada lokasi geopelancongan popular
Landasan keretapi yang membawa bijih menjadikan keadaan sekeliling sempit dan gelap.
Menurutnya, dalam gua tersebut menjadi tempat pelancongan popular di Perlis. Bahkan, terdapat landasan keretapi yang membawa bijih menjadikan keadaan sekeliling sempit dan gelap
“Masa masuk gua itu, saya memang rasa menakjubkan sangat sebab bentuk dalamannya sangat berbeza dengan Gua Kelam pertama. Dekat situ ada dua trail, satu trek basah di bahagian bawah satu lagi kering bahagian atas.
“Macam Gua Kelam pertama ada kering sahaja. Gua yang kedua ni memang lagi mencabar, kawasan gelap gelita dan wajib ada lampu suluh untuk masuk ke dalam. Dah macam dalam filem-filem luar negara dah saya rasa,” katanya ketika dihubungi Majoriti.
Selain daripada suasana yang seram, Sharifah Syafeenaz turut berkongsi detik ketika dia melalui sebuah kawasan di mana, semua orang diminta untuk diam.
“Saya pelik kenapa tiba-tiba suruh diam dan jalan dalam keadaan senyap dekat satu spot itu.
"Rupanya-rupanya, terdapat laluan yang diperkatakan mempunyai sebuah kubur peninggalan dan mereka diminta untuk tidak mencarut.
“Lepas keluar saja dari gua itu, baru pengiring cakap tempat tadi itu ada kubur zaman dahulu. Padanlah dia cakap lalu kawasan ni tolong jaga bahasa dan jangan cakap perkara bukan-bukan," jelasnya.
Jadi, jika anda ke Perlis jangan lupa singgah dan rasai sendiri debaran di Gua Kelam ini.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram