
SEORANG wartawan dari Israel menerima kecaman selepas membuat spekulasi tidak berasas mengenai satu video tular yang memaparkan 'pergaduhan' antara sepasang suami isteri di sebuah pasar raya, yang sebenarnya hanyalah gimik pemasaran.
Menerusi satu hantaran di laman sosial X, wartawan berkenaan yang menggunakan nama akaun @DahliaKurtz mendakwa si suami telah bertindak kasar terhadap isterinya di hadapan orang ramai.
“Kalau suaminya berkelakuan begitu di khalayak ramai, bayangkan bagaimana layanan dia terhadap isterinya di tempat tertutup,” tulisnya dalam satu hantaran yang mencetuskan pelbagai reaksi.
BACA LAGI: Iron Dome hanya mampu bertahan 10-12 hari lagi tangkis misil Iran
BACA LAGI: Dapat sokongan TMJ lepas 'kisah gelap' antara 3 momen penting Farizal Marlias bersama JDT
Namun, dakwaan itu disahkan tidak benar apabila pihak pasar raya kemudiannya mendedahkan bahawa video berkenaan hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran mereka yang melibatkan pelakon diupah untuk melakonkan adegan berkenaan bagi menarik perhatian umum.
“Seluruh pertengkaran itu sebenarnya dirancang semata-mata untuk mempromosikan sebuah kempen, bukannya kejadian sebenar.
“Ia merupakan sebahagian daripada gimik pemasaran,” kata kenyataan pihak pasar raya yang tampil memberi penjelasan.
Video berkenaan sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki dilihat mencampakkan barangan runcit dari troli ke lantai sambil memarahi isterinya kerana didakwa membeli terlalu banyak barang.
Pendedahan mengenai gimik itu sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi yang timbul, termasuk dari pihak luar yang membuat tanggapan melulu tanpa mengetahui fakta sebenar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram