
MAJLIS Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengesan sebanyak 10 premis milik syarikat berbeza yang beroperasi secara sewaan di kawasan kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai, Johor.
Menurut MBJB seperti dilaporkan Harian Metro, siasatan awal mendapati hanya satu daripada premis yang beroperasi di tapak seluas 64,664 meter persegi itu memiliki lesen sah.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, hanya satu premis di tapak berkenaan yang didapati memiliki lesen sah.
BACA LAGI: Dapat sokongan TMJ lepas 'kisah gelap' antara 3 momen penting Farizal Marlias bersama JDT
BACA LAGI: Dua kali bertemu di Asia musim lalu, Selangor umum jeneral Thai rekrut pertama musim 2025/26
Menurutnya, premis tersebut merupakan sebuah stor penyimpanan minyak kelapa sawit yang telah mendapat kelulusan daripada MBJB dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
“Tanah ini disewakan kepada beberapa premis seperti tempat mencuci kenderaan, parkir lori, bengkel dan barangan lusuh, namun hanya satu sahaja berlesen.
“MBJB akan mengambil tindakan susulan termasuk memaklumkan perkara ini kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kerana terdapat operasi premis barangan lusuh di lokasi sama,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Sabtu, lima premis melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi musnah dalam kebakaran.
Insiden itu turut menyebabkan 15 buah kenderaan hangus dijilat api. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram