[VIDEO] Budak lelaki spontan mengadu kepada PM Anwar tandas sekolah rosak di bazar Ramadan


  • Tular
  • Sabtu, 15 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan pertemuan Anwar dan kanak-kanak tersebut di bazar Ramadan baru-baru ini.

TINDAKAN spontan seorang kanak-kanak lelaki yang membuat aduan tentang keadaan tandas sekolahnya di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bazar Ramadan meraih perhatian ramai.

Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, kanak-kanak tersebut memberitahu keadaan dua tandas sekolahnya yang rosak dan tidak dapat digunakan.

Anwar yang ketika itu sedang melakukan lawatannya di bazar turut dilihat berhenti dan memberi respons pantas terhadap aduan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Lebih 1,000 pekerja asing buat rusuhan, protes warga Nepal maut dilanggar lari di Teluk Intan

BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang warga asing didakwa bayar e-hailing guna RM100 palsu

 

 

 

 

Beliau juga mengambil maklumat penuh sekolah berkenaan serta mengambil tindakan segera untuk menyampaikannya kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.

Berdasarkan percakapan mereka, dua tandas rosak itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak.

Namun, setakat ini, belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan Anwar mahu pun Fadhlina berhubung aduan itu.

Sementara itu, rata-rata warga maya memuji kanak-kanak terbabit kerana berani tampil ke hadapan menyuarakan masalah tersebut.

"Bagusnya adik ini. Tolong mengadu sekali tandas di sekolah anak mak cik," komen @Disinishoppee.

"Terbaik adik, terus mengadu kepada Perdana Menteri terus," sokong @Afham_1999. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram