
SERAMAI lebih 1,000 pekerja asing berkumpul di tengah jalan raya di Jalan Changkat Jong, Batu 8, Teluk Intan, Perak selepas berlakunya satu kemalangan pada Jumaat.
Susulan itu, polis menahan 13 daripadanya yang bekerja di sebuah kilang kerana cuba mencetuskan provokasi di lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, kejadian berpunca daripada satu kemalangan maut dan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki warga Nepal di lokasi itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang warga asing didakwa bayar e-hailing guna RM100 palsu
Kekecohan Melibatkan Warga Asing di Changkat Jong, Teluk Intan
Teluk Intan, 15 Mac 2025 – Laporan awal menyatakan berlaku kekecohan yang melibatkan warga asing di Changkat Jong, Teluk Intan, malam ini.
Setakat ini, maklumat terperinci mengenai insiden tersebut masih belum… pic.twitter.com/1UsAYeR62J
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 14, 2025
Menurutnya, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.35 malam.
"Siasatan mendapati lebih 1,000 pekerja asing turun ke lokasi sehingga menghalang lalu lintas.
"Anggota polis dikerah untuk menenangkan dan mengawal keadaan tegang itu.
"Keadaan kembali normal apabila semua warga asing terutamanya pekerja kilang pulang ke asrama mereka pukul 2 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Siasatan ke atas kemalangan maut juga dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu digesa menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Syamil Abd Manan di talian 011-1006 5817. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram