[VIDEO] Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai di Alor Setar


  • 112
  • Isnin, 17 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan mayat seorang lelaki yang ditemukan di dalam Sungai Alor Merah, Kedah pada Ahad.

PENDUDUK menemukan mayat seorang lelaki tanpa pakaian di Sungai Alor Merah, Alor Setar, Kedah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada pukul 8.31 pagi daripada orang awam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mayat sudah mereput dan menunjukkan mangsa kemungkinan meninggal dunia beberapa hari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang warga asing didakwa bayar e-hailing guna RM100 palsu

BACA LAGI: [VIDEO] Lebih 1,000 pekerja asing merusuh, protes warga Nepal maut dilanggar lari di Teluk Intan

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan identitinya belum dapat dikenal pasti.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Katanya, kes juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram