[VIDEO] 'Saya nak lagi', nasi lemak pikat selera warga AS di Festival Makanan Budaya Sekolah


  • Massa
  • Sabtu, 21 Jun 2025

Tangkap layar menunjukkan keterujaan warga Amerika Syarikat ketika menikmati nasi lemak.

MAKANAN tradisional Malaysia terus mencuri tumpuan di pentas antarabangsa apabila nasi lemak mendapat sambutan luar biasa dalam sebuah festival makanan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menerusi satu video tular di platform TikTok (@kumaarfamily), pasangan suami isteri campuran Malaysia-Amerika mengambil inisiatif menyertai Cultural Food Festival di sekolah anak mereka dengan membawa juadah ikonik Malaysia, nasi lemak.

Usaha kecil keluarga tersebut nyata membuahkan hasil apabila menu beraroma santan itu bukan sahaja memikat hati warga tempatan, malah mendapat pujian meluas di media sosial.

BACA LAGI: Tiada sebab naik harga, MOF tegaskan gula putih kekal tak kena cukai

BACA LAGI: Iron Dome hanya mampu bertahan 10-12 hari lagi tangkis misil Iran

Video berkenaan memperlihatkan khemah mereka dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat yang tertarik dengan keunikan serta persembahan kreatif makanan Malaysia.

Apa yang lebih mengagumkan, sambal nasi lemak yang dibawa turut menjadi kegemaran ramai. Ada antara pengunjung yang sanggup mengambil bekas dari khemah lain semata-mata untuk menambah sambal.

Malah, ramai yang kembali beberapa kali untuk menikmati hidangan tersebut dan memberikan pujian terhadap keenakan nasi lemak.

Pasangan yang dikenali sebagai Kumar Family itu aktif berkongsi kehidupan mereka di AS menerusi pelbagai platform media sosial.

Si suami merupakan rakyat Malaysia, manakala isterinya berasal dari AS.

Antara kandungan popular mereka termasuk memperkenalkan budaya Malaysia seperti memakai baju Melayu di tempat awam, sambutan Hari Raya bersama komuniti setempat, serta usaha mendidik anak-anak mereka menggunakan Bahasa Melayu.

Kejayaan kecil itu sekali gus membuktikan bahawa makanan boleh menjadi jambatan budaya yang ampuh, di samping memupuk kefahaman dan penghargaan terhadap warisan sesebuah negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram