Hanya kerana tegur ekzos bising, lelaki didakwa maut dipukul remaja baran di Tanah Merah


  • Kes
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian di Kg Gaul Ipoh, Tanah Merah, Kelantan pada Khamis.

SATU insiden mengejutkan dilaporkan terjadi di Kg Gaul Ipoh, Tanah Merah, Kelantan apabila seorang lelaki maut dipukul dalam satu pergaduhan pada Khamis.

Dalam beberapa hantaran di media sosial, mangsa dikatakan dipukul dua remaja setelah menegur mereka berkenaan bunyi ekzos motosikal terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman orang awam.

Berang akan teguran tersebut, suspek kemudian bertindak memukul suspek sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

BACA LAGI: Tak sempat sampai Tanah Merah, bakal pengantin wanita maut kemalangan di Kota Tinggi

BACA LAGI: [VIDEO] Penganjur tarian mencolok mata di Tanah Merah mohon maaf, dikompaun RM10,000 — Exco Kelantan

Tangkap layar perbualan menerusi WhatsApp yang menyatakan punca pergaduhan kedua-dua pihak.

Berdasarkan kepingan foto dikongsikan di laman INFO Rakyat DALAM Kelantan - irdk, mangsa merupakan seorang lelaki, namun tidak dipastikan usia dan latar belakangnya.

Majoriti sudah menghubungi pihak Polis Daerah Tanah Merah, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini dengan kes masih disiasat.

Berdasarkan perkongsian orang ramai, pertelingkahan antara suspek dan mangsa pernah berlaku sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi tidak sehingga menyebabkan pergaduhan.

"Kes ini sebenarnya sudah lama berlaku, abang suspek tidak berpuas hati dengan si mati. Insiden hanya disebabkan suspek membuat bunyi bising dengan motosikal sahaja, tiga atau empat kali mereka pernah bertengkar," kata seorang saksi menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihati supaya tidak menyebarkan berita tidak pasti berhubun kes berkenaan sehingga boleh mengganggu siasatan kes. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram