[VIDEO] 'Ekor' Harimau Malaya diam-diam melibas, rupanya ada adegan panas fans Malaysia-Vietnam di luar stadium


  • Podium
  • Rabu, 11 Jun 2025

Tangkap layar menunjukkan dua kumpulan penyokong bergaduh di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

KEMPEN Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam dicemari insiden pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Selasa.

Insiden tersebut berlaku di pekarangan stadium sejurus selepas skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Vietnam.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan dua kumpulan penyokong dipercayai masing-masing dari Malaysia dan Vietnam bertindak agresif dengan bertumbuk antara satu sama lain sebaik sahaja perlawanan berakhir.

BACA LAGI: Kongsi tarikh aksi timbal balik, striker naturalisasi Vietnam laung amaran mahu balas dendam ke atas HM

BACA LAGI: Pernah sesaing Dion Cools, striker Brazil jadi buruan Selangor

Video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan kekecohan berlaku berhampiran laluan ke kawasan parkir sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi untuk meleraikan pergaduhan.

Kejadian tersebut berjaya dikawal dengan pantas oleh pihak berkuasa dan tidak berlarutan.

Tidak dapat dipastikan sama ada tahanan dibuat susulan kekecohan itu dan tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa.

Dalam aksi penuh dramatik di SNBJ, Malaysia mempamerkan prestasi meyakinkan dengan empat jaringan menerusi pemain warisan, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin Ong dan Dion Cools sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara pasukan paling digeruni di Asia Tenggara.

Vietnam yang sebelum ini sering dianggap lawan sukar buat Malaysia, kini kelihatan bergelut untuk menyaingi kekuatan baharu skuad kendalian Peter Cklamovski. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel danTelegram