[VIDEO] Pasangan suami isteri gaduh campak barang di pasar raya, ada syak sekadar konten menjelang Aidiladha


  • Tular
  • Khamis, 05 Jun 2025

Video pergaduhan dua individu itu mula dikongsikan di media sosial pada Rabu.

KELUARGA lain elok sahaja berbelanja barang dapur menjelang perayaan Aidiladha, lain pula ceritanya berlaku kepada seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan suami isteri apabila terlibat dengan insiden pertengkaran dalam sebuah pasar raya tempatan.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular di media sosial menunjukkan pasangan berkenaan bermula dengan pertengkaran mulut sebelum lelaki tersebut 'naik angin' dengan mencampak beberapa barangan dalam troli mereka.

Bukan itu sahaja, terdengar juga lelaki bertopi itu menyuruh isterinya untuk meletakkan kembali barangan namun keadaan bertambah tengang berikutan wanita itu berterusan membantah keras suruhan tersebut.

BACA LAGI: Polis Kelantan kenal pasti 41 'hotspot' nahas, jangka 2 juta kenderaan tiba sempena Aidiladha

BACA LAGI: Koperal polis parah kena langgar lari di Seremban

"Aku tak nak, aku tak nak. Apa benda ini semua? Tak ada, tak ada, blah!" kata lelaki berkenaan kepada wanita tersebut.

Selain itu, kedengaran juga lelaki bertopi tersebut mengarahkan isterinya supaya meletakkan semula barangan berkenaan. Namun, suasana menjadi semakin tegang apabila wanita itu tetap berkeras membantah arahan tersebut.

Berdasarkan rakaman video, arahan si suami tidak diendahkan apabila wanita berkenaan dilihat bertegas mempertahankan tindakannya membeli barangan keperluan, dipercayai bagi persiapan sambutan Aidiladha.

"Tiada, tiada! Hari Raya dah nak dekat. Awak jangan pandai-pandai. Hei, awak ambil balik! Tak ada! Awak ambil balik! Saya memang nak ambil ini," tegas wanita tersebut kepada suaminya.

Namun begitu, si suami memilih untuk bertindak lebih agresif apabila mencampakkan barangan yang telah mereka pilih sebelum akhirnya menolak dan menterbalikkan troli di hadapan isterinya.

"Apa hal kau? Tak payah! Dah, aku tak nak! Ini semua tak payah beli!" katanya dengan nada yang keras.

Pergaduhan berkenaan disaksikan oleh beberapa orang awam yang berada di sekitar pasar raya terbabit sebelum kakitangan premis masuk campur untuk meleraikan dua individu berkenaan dan mengelak perkara lebih buruk berlaku.

Tidak dinafikan ramai warganet berang dengan sikap panas baran si suami, yang dilihat seolah-olah tiada kesabaran untuk melayan karenah isteri ketika memberi keperluan Hari Raya Aidiladha.

Bagaimanapun, ada juga melihat situasi tegang tersebut hanyalah rekaan semata-mata demi kandungan media sosial berikutan terdapat dua pempengaruh TikTok juga ada ketika kejadian berkenaan.

Salah satu komen yang mendakwa ia hanya dibuat untuk kandungan media sosial sahaja.

"Macam tujuan marketing untuk pasar raya saja. Kenapa ada dua Tiktokers berada di tempat sama pada masa yang sama," kata warganet, MR.M.

"Bila ada Tiktokers yang rakam, tahu lah ini content sahaja," pendapat warganet, Saudagar Sup.

"Macam berlakon saja, tenang saja kau rekod," komen warganet, LT Lanun.

Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung kes berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram