Mengaku dapat 'back up' polis, mamat Rohingya cabar kesabaran penduduk Kemaman


  • Tular
  • Khamis, 15 Mei 2025

Gambar tular seorang lelaki etnik Rohingya yang didakwa sering menimbulkan masalah di Pengkalan Pandan dekat Kemaman, Terengganu. 

ISU membabitkan sebahagian warga asing etnik Rohingya yang didakwa sering menimbulkan masalah semakin mendapat perhatian masyarakat. 

Walaupun bukan semua, namun segelintir individu dalam komuniti tersebut dikatakan sering berkelakuan biadab, melanggar peraturan serta mengganggu ketenteraman awam, sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Fatimah Hassan pada Rabu tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang lelaki etnik Rohingya yang tinggal di Pengkalan Pandan dekat  Kemaman, Terengganu yang didakwa sering kali menimbulkan masalah.

BACA LAGI : Pendidikan seksual bukan tanggungjawab guru semata-mata, didikan ibu bapa benteng pertama cegah HIV

BACA LAGI : Pemandu Navara langgar suami isteri hingga parah dipenjara sebulan, denda RM12,000

Menurutnya, lelaki yang dikenali sebagai Hashim itu didakwa sering menunggang dan memandu secara berbahaya, selain bersikap provokatif apabila ditegur.

"Kami penduduk Pengkalan Pandan, baik Melayu mahupun Cina sudah hilang sabar dengan sikap biadab lelaki ini. 

"Setelah diberi layanan dan kehidupan selesa, dia pula mencabar kesabaran kami," tulis Fatimah dalam hantaran yang kini tular di media sosial.

Lebih membimbangkan, lelaki itu didakwa sering mengugut penduduk dan mendakwa 'dilindungi' pihak berkuasa tempatan.

"Menunggang dan memandu secara berbahaya dan apabila ditegur pula lelaki ini cuba memprovokasi dan cuba untuk mula pergaduhan. 

"Kononnya memiliki 'back-up' besar dari pihak polis (jika benar mohon disiasat)," tulisnya lagi. 

Fatimah turut mendedahkan bahawa beberapa laporan polis dibuat terhadap individu berkenaan, namun tiada sebarang tindakan dilihat diambil setakat ini.

Wanita itu juga menggesa pihak imigresen untuk memantau status sah warga Rohingya di sekitar Kemaman, terutamanya di Pengkalan Pandan, kerana ada maklumat mendakwa sebahagian daripada mereka melebihi tempoh sah tinggal  dalam negara .

Menjengah ke ruangan komen, beberapa penduduk turut menyuarakan kebimbangan mereka. 

Seorang pengguna Facebook, AH Ching, mencadangkan agar penduduk merakam nombor plat motosikal jika terlihat warga asing yang menunggang tanpa lesen sah, sambil menggesa pihak berkuasa agar bertindak lebih tegas.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan yang tular itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram