Berhabis hampir 14 jam sehari di restoran, 3 usahawan F&B berkorban imbangi kerjaya dan masa bersama famili tercinta


  • Bisnes
  • Rabu, 18 Jun 2025

Brian sekeluarga yang banyak meluangkan masa bersama di restorannya. — The Star

JAM menunjukkan pukul 3.30 petang di sebuah kafe terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Ia menandakan restoran perlu ditutup untuk memberi ruang dan waktu rehat kepada semua pekerja.

Suasana tenang dan senyap itu kemudian riuh tiba-tiba dengan gelak tawa kanak-kanak berusia enam tahun dan teriakannya memanggil bapanya.

BACA LAGI: Profesor wanita Bengaluru sosok penting di sebalik reka bentuk jambatan, landasan kereta api tertinggi dunia

BACA LAGI: Kecewa jadi peluang, pekebun tanam mangga 'tak sengaja' lonjakkan imej harum manis di Perlis

Brian bersama Hayley (kiri) dan Brandon (kanan) melakukan aktiviti bersama di restorannya. — The Star

Itulah suasana bahagia yang terhasil daripada interaksi Brian Chin dan anaknya, Hayley Chin dan Brandon Chin.

Brian, usahawan industri makanan dan minuman berpengalaman menguruskan pelbagai restoran termasuk Dave's Deli dan Café Bistrot David.

Di samping menjalankan tugas hakiki, Brian juga tetap menggalas tanggungjawab sebagai bapa yang memberi sepenuhnya perhatian kepada dua anaknya dan isterinya, Honey Leong.

Waktu rehat itu juga menyaksikan bagaimana Brian mencuri masa untuk meluangkan masa dan beraktiviti bersama keluarga.

"Tidak kira apa pun terjadi, setiap hari saya cuba meluangkan sekurang-kurangnya satu jam dengan anak-anak.

"Jadi, kadang-kadang mereka akan datang ke sini atau ke Dave's Deli dan kami akan mempunyai masa minum teh atau makan bersama," katanya.

Namun, persoalannya adalah bagaimana Brian mampu menguruskan kesemuanya.

Bagi kebanyakan tukang masak dan pemilik restoran yang sibuk, membahagikan masa sebagai ibu bapa dan kerjaya bukanlah perkara mudah.

Hal ini kerana perniagaan restoran terkenal dengan waktu kerja yang panjang iaitu boleh mencecah 12 hingga 14 jam sehari.

Mereka juga kebanyakannya bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan jarang mendapat banyak cuti sekali gus menyukarkan mereka bersama keluarga.

StarLifestyle cover story on dads in F&B. Will need nice pics of Brian Chin with his wife and children, pics of him in action as well as pics of some food. (JUNE 9 2025) — ART CHEN/The StarReporter: Abirami Durai

Brian belajar menguruskan restorannya dengan menubuhkan pasukan di restorannya. — The Star

Kehidupan sebelum dan selepas berkeluarga

Kehidupan sebelum dan selepas mempunyai anak pastinya berbeza.

Membesar dalam dunia perniagaan restoran, bapanya, David Chin mula membangunkan Dave's Deli ketika Brian baru berusia tiga tahun.

"Saya tak banyak melihat ibu bapa saya ketika saya masih kecil. Mereka bekerja keras dan melakukan terbaik kerana mereka membesar dalam keadaan miskin.

"Saya membesar dengan lebih istimewa kerana ibu bapa saya ada asas yang baik.

"Tetapi saya sangat rapat dengan ayah dan mahu menjadi sepertinya dengan mengambil alih perniagaan," katanya.

Menurutnya, matlamat dan keutamannya bertukar secara drastik dan lebih tertumpu untuk menjana wang selepas berkahwin.

Brian bagaimanapun berkata, dia tetap perlu mengimbangi matlamatnya selepas anak-anaknya lahir.

"Daripada hanya mengejar hasil semua itu, saya tetap ingat bagaimana mengimbangi masa saya bersama anak-anak juga.

Begitu juga dengan cef terkenal, Shaun Ng dari Michelin Selected Hide KL, Kuala Lumpur yang merupakan bapa kepada Hayden Ng berusia dua tahun.

Katanya, Shaun menjadi orang pertama masuk dan terakhir meninggalkan restoran.

Masanya juga banyak dihabiskan di tempat kerja sebelum memiliki anak.

"Selepas anak saya lahir dan perlu pergi untuk temu janji doktor, vaksinasi.

"Selepas operasi tutup dua hari seminggu, lebih banyak peluang untuk habiskan masa berkualiti bersama anak dan isteri, Gigi Leow.

"Sebelum ini, kami hanya ada satu hari cuti dan sukar untuk memikirkan sama ada mahu berehat atau meluangkan masa bersama keluarga.

"Sekarang saya mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan kedua-duanya," katanya.

Shaun (kiri) juga belajar membahagikan tugas kepada pekerjanya selepas bergelar bapa. — The Star

Pengorbanan 

Untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, ramai pemilik restoran terpaksa mengetepikan keperluan mereka.

"Saya rasa beberapa tahun pertama selepas anak saya dilahirkan, ia adalah satu perjuangan kerana saya tidak berada di sisi mereka.

"Ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan beban kerja saya. Dan sudah tentu ia menyukarkan Honey kerana ia hampir seperti seorang ibu tunggal.

"Tetapi, lama-kelamaan, saya menyedari sesuatu perlu berubah. Jadi, saya mula tubuhkan pasukan saya.

"Saya lebih bergantung pada kakitangan saya supaya dapat meluangkan masa bersama keluarga.

"Sebagai ketua cef, walaupun bujang, adalah penting untuk melepaskan sedikit supaya pasukan boleh belajar dan berkembang," katanya.

Anak-anak Yin How (kanan) yang membantu merasai masakannya. — The Star

Kata Brian, walaupun Brandon dan Hayley masih kecil, mereka tetap mempunyai selera yang sangat baik.

"Makanan kegemaran Brandon ialah stik Wagyu di restoran datuknya (David Chin), jadi dia mempunyai citarasa yang agak baik untuk kanak-kanak berusia lapan tahun.

"Lelaki kecil ini juga jadi penguji rasa saya terutamanya untuk Dave's Deli kerana ia adalah restoran yang sangat mesra keluarga.

"Kalau kami nak perkenalkan hidangan pasta dalam menu, jika Brandon dan Hayley suka, saya tahu semua orang akan menyukainya," jelasnya.

Manakala, bagi peneraju Tinkerman Collective, Wong Yin How yang memiliki dan mengendalikan restoran seperti Vintry, Stoked dan Proof berpandangan bahawa membawa anak-anak mencuba hidangan baharu merupakan tradisi keluarganya.

Ia secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk mencuba pelbagai masakan.

Memandangkan begitu banyak kehidupan mereka dan anak-anak mereka saling berkaitan dengan makanan dan perniagaan restoran, ia juga menimbulkan persoalan tentang adakah kerjaya itu akan disambung secara turun-temurun.

Bagi para pemilik restoran berkenaan, menjalankan perniagaan seperti restoran memerlukan pengorbanan tinggi terutama daripada aspek masa bersama keluarga.

Namun, Brian tidak menghalang anak-anaknya untuk menceburi bidang yang mereka minati termasuk perniagaan makanan dan minuman.

"Sebab saya bekerja keras supaya mereka mempunyai kebebasan untuk memilih apa sahaja yang mereka mahu lakukan dalam hidup," ujarnya. — The Star/ABIRAMI DURAI

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram