
DI sebalik kemegahan jambatan dan landasan kereta api tertinggi di dunia, Jambatan Chennab, India, adanya sosok penting yang memainkan peranan penting dalam proses menjayakan projek tersebut.
Seorang profesor kejuruteraan awam di Institut Sains India (IISc) dari Bengaluru, Dr. G. Madhavi Latha merupakan antara individu yang terlibat dalam usaha membangunkan projek itu selama 17 tahun.
Beliau juga bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan memastikan keselamatan pembinaan jambatan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Nama nelayan wanita Madleen diabadikan di kapal bantuan Gaza
BACA LAGI: Kecewa jadi peluang, pekebun tanam mangga 'tak sengaja' lonjakkan imej harum manis di Perlis
Madhavi — Agensi
Jambatan Chenab yang melintasi Sungai Chenab di daerah Reasi, wilayah kesatuan Jammu dan Kashmir, India itu juga sudah dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi baru-baru ini.
Meskipun meraih beribu pujian dan sorakan, Madhavi mengambil langkah untuk tidak memberi perhatian kepada perkara itu.
Menerusi hantarannya di LinkedIn, beliau menggesa orang ramai untuk berhenti memberikan publisiti berlebihan terhadap dirinya.
"Tahniah India atas perasmian Jambatan Kereta Api Chenab oleh Perdana Menteri Narendra Modi.
"Jambatan ini adalah keajaiban pakar kejuruteraan awam. Segala usaha, perancangan, reka bentuk dan pembinaan untuk Indian Railways dan Afcons Infrastructure," tulisnya.
Jambatan Chenab yang dirasmikan Narendra Modi baru-baru ini. — Agensi
Beliau turut menambah bahawa beribu usaha yang disumbangkan dari pihak lain untuk membina struktur ikonik itu.
Menurutnya, terdapat berjuta wira tidak didendang yang disanjunginya hari ini.
"Saya sangat gembira tentang perkara ini. Terima kasih kepada semua rakyat India yang sudah mencurahkan ucapan tahniah kepada saya.
"Harap anda ingat bahawa saya adalah seorang daripada ribuan yang patut dihargai untuk Jambatan Chenab.
"Tolong jangan jadikan saya terkenal berlebihan," jelasnya.
Sikap rendah diri beliau pada masa sama meraih pujian ramai serta menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram