
PANCARAN cahaya matahari pagi yang baru sahaja muncul bagaikan sinar harapan buat Datuk Rick Cheng dan anak saudaranya ketika di awal permulaan membangunkan sebuah kebun di kaki Bukit Chuping, Perlis.
Melihat deretan pokok mangga yang lebat berbuah, ia ternyata varian mangga harum manis setara dengan raja buah premium seperti Musang King dan Black Thorn.
Mahir menilai dengan menggunakan deria sentuhan, pengasas kebun mangga harum manis itu memastikan ia adalah buah gred A yang bertekstur pejal tetapi lembut apabila disentuh.
BACA LAGI: [VIDEO] Nama nelayan wanita Madleen diabadikan di kapal bantuan Gaza
Kualiti mangga harum manis yang ditanam di kebun Cheng. — The Star
"Kulit mangga harum manis kekal hijau walaupun buah sudah masak.
"Oleh itu, teknik terbaik untuk menentukan kematangannya adalah apabila aroma wangi dikesan dan buahnya lembut apabila ditekan secara perlahan," katanya.
Menurut Cheng, getah floem yang keluar dari batang pokok mangga adalah bukti kesegaran buat tersebut.
Katanya, harum manis hanya berada pada tahap terbaik dalam masa tiga hingga lima hari selepas dipetik dan harus dimakan dalam tempoh itu.
"Selepas itu, kualitinya semakin merosot dengan cepat. Banyak sebab mengapa harum manis dijual dengan harga premium berbanding mangga jenis lain," katanya.
Mangga harum manis menjadi permulaan buat Harumango Sdn Bhd. — The Star
Kekecewaan jadi peluang
Semasa proses penuaian dilakukan, Cheng berkongsi cerita dan kejadian kira-kira sedekad lalu yang menyebabkan beliau terjerumus ke dalam sektor pertanian.
Cheng yang juga pernah bekerja sebagai pemaju hartanah berkata, ia bermula lebih 10 tahun lalu.
Ketika itu, beliau kecewa apabila tanah seluas 23 hektar yang baru diperolehnya tidak dapat digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan perumahan.
Selepas mengambil kira cuaca serta keadaan tanah tersebut, ia sememangnya sesuai untuk menanam buah mangga.
Sejak daripada itu, syarikat Harumango Sdn Bhd ditubuhkan.
Pada masa sama, harum manis juga sudah banyak ditanam di sekitar Perlis.
Pekerja muda tempatan Abdul Rahman Razak (kiri) dan Mohd Izhar Hashim (kanan) gigih menguruskan buah mangga. — The Star
Cabaran
Pun begitu, jalan menuju kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah buat Cheng.
Cheng juga tidak menafikan terpaksa mengharungi pelbagai halangan sepanjang menjalankan projek harum manis.
Beliau juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Pertanian Negeri untuk menanam kira-kira 1,300 anak pokok di atas tanah Bukit Chuping miliknya.
Semangat memulakan perjalanan mereka, Cheng dan pasukannya berhasrat untuk mendapatkan hasil tuaian tahunan yang banyak.
Namun, sangkaannya meleset apabila melihat anak-anak pokok yang ditanam musnah dalam sekelip mata.
Dua tahun pertama merupakan tempoh paling mencabar apabila tanamannya diserang penyakit, berdepan masalah kesuburan tanah serta bekalan air yang tidak teratur untuk sistem pengairan.
Cheng (berdiri) mula bangkit menubuhkan sebuah kafe yang menjual makanan berasaskan mangga harum manis. — The Star
Tidak boleh berpatah balik, Cheng tetap bangkit demi membantu memulihkan semangat pasukannya.
Seiring waktu berjalan, tangisan bertukar senyuman apabila pokok mangganya mula berbunga pada tahun ketiga.
Memerhatikan bunga berubah menjadi buah mangga sebesar ibu jari buat kali pertama adalah sesuatu yang memberi inspirasi kepada semua yang terlibat.
Walaupun hanya beberapa buah yang masih bertahan hingga matang, semua orang menunggu dengan sabar untuk hasil pertama yang dinanti-nantikan.
Malangnya, kegembiraan mereka tidak lama. Menghadap pada suatu pagi untuk melihat buah-buahan yang dimakan haiwan berselerak di atas tanah sangat meruntun jiwa mereka.
Mereka dapati ia angkara monyet dan musang yang berjaya menceroboh masuk ke dalam kebun dan menunggu untuk menyerang apabila buahnya masak.
Titik perubahan
Setahun kemudian, Cheng terpaksa sekali lagi berpegang kepada kepercayaannya apabila sinar akan menerangi kegelapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan wabak Covid-19 melanda negara.
Mangga harum manis Cheng menjadi kegilaan ramai. — The Star
Benar kata pepatah, ia sentiasa hari paling gelap sebelum Subuh, wabak itu terbukti menjadi titik perubahan bagi Harumango Sdn Bhd.
Arahan untuk tinggal di rumah mencetuskan banyak perubahan gaya hidup manusia termasuk keperluan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan segar untuk meningkatkan tahap daya tahan dan imuniti.
Trend itu bukan sahaja meningkatkan jualan untuk penghantaran harum manis ke rumah tetapi turut menyaksikan pelanggan yang berpuas hati menyampaikan berita kepada rakan dan keluarga tentang rasa manis pekat, wangian tiada tandingan dan tekstur halus buah yang diidamkan.
Walaupun selepas wabak itu berakhir dan semua 1,300 pokok mula berbuah, permintaan secara konsisten menggantikan bekalan setiap musim.
Keputusan Cheng untuk menubuhkan Kafe Diem Jejawi yang merupakan sebahagian daripada kompleks Hotel AllIn, berhampiran bandar diraja Arau, Perlis pada 2023 untuk meningkatkan pelancongan di negeri itu secara tidak sengaja membantu menyelesaikan antara dilema pekebun untuk menggunakan buah yang lebih kecil.
Di bawah bimbingan Pengurus Cawangan Tan Khun Wei, tukang masak pastri dan pencuci mulut kafe yang mahir menghasilkan cara baharu untuk menukar buah-buahan bersaiz lebih kecil kepada kek keju, tart dan juga aiskrim.
Harum manis mereka juga menerima permintaan tinggi daripada pelanggan bukan sahaja tempatan, malah luar negara termasuk Singapura.
Bagi Cheng dan pasukannya, walaupun banyak yang sudah dicapai selama ini dengan darah, keringat, air mata dan pengorbanan, mereka tetap terus berusaha demi mengangkat mangga harum manis ke tahap lebih tinggi. — The Star/ALAN TEH LEAM SENG
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram