Nampak mudah tapi mampu bina akhlak besar, ini 3 perkataan penting ibu bapa perlu ajar anak sejak kecil


  • Bonda
  • Isnin, 16 Jun 2025

Ibu bapa digalakkan menerapkan tiga perkataan asas kepada anak-anak bagi membentuk akhlak mulia. — Gambar hiasan/Agensi

MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya, mengajar anak biarlah dari awal usianya. 

Pepatah lama itu ternyata terus relevan khusus buat golongan ibu bapa dalam mendidik, membentuk akhlak, disiplin dan nilai murni kepada anak.

Pendidikan awal di rumah juga memainkan peranan penting untuk membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

BACA LAGI: [VIDEO] Anggun berkurung moden pink, majlis pertunangan anak sulung ratu jazz Malaysia serlah konsep Melayu klasik

BACA LAGI: Tiada dalil spesifik siapa wajib masak, tak perlu banding tanggungjawab suami isteri — Firdaus Wong

Perkataan asas tersebut dapat mengajar anak menjadi manusia yang berakhlak. — Gambar hiasan/Agensi

Justeru, terdapat beberapa amalan mudah yang boleh diterapkan ibu bapa terhadap anak iaitu dengan menggunakan hanya tiga perkataan asas.

Menurut penulis buku kanak-kanak menggunakan akaun Thread @cikgu_iz, ia mungkin terlihat ringkas dan kecil, tetapi mampu memberikan impak besar masyarakat.

1. Tolong

Perkataan ‘tolong’ dapat mengajar anak bahawa hidup sememangnya memerlukan kerjasama dan bantuan daripada orang lain.

Ia juga memupuk kesedaran dan mengajar kepentingan hidup dalam komuniti.

Perkataan itu sekali gus mengajar anak untuk meminta pertolongan dengan cara yang sopan dan berhormat.

2. Maaf

Penggunaan perkataan 'maaf' pula mampu mendidik anak menyedari kesilapan atau kesalahan yang dilakukannya.

Selain memupuk keberanian meminta maaf, ini juga boleh mengajarnya sikap bertanggungjawab ketika berdepan dengan konflik.

Ini secara tidak langsung menjadi asas kepada kematangan emosi dan keupayaan menyelesaikan konflik secara harmoni.

3. Terima kasih

Meskipun ringkas, perkataan itu membantu anak menghargai setiap kebaikan yang diterima, tidak mengira besar atau kecil.

Ini secara tidak langsung menanam nilai-nilai murni dalam diri anak dan membuatkan mereka merasa lebih bersyukur apabila menerima bantuan atau hadiah.

Ucapan terima kasih juga juga tanpa sedar dapat meningkatkan keyakinan diri anak dalam interaksi sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram