[VIDEO] Anak buat 'surprise' sambut kepulangan ibu lepas 30 tahun kerja pembantu rumah di Lubnan demi biaya pendidikan


  • Bonda
  • Isnin, 16 Jun 2025

Tangkap layar video memaparkan detik mengharukan ketika pertemuan antara ibu dan anak tersebut.

DI kala dunia sedang dilanda pelbagai ancaman dan konflik, terdapat sebuah kisah seorang ibu dan anak yang menyentuh hati seluruh masyarakat.

Kisah yang tular di media sosial sejak Isnin juga menunjukkan pengorbanan wanita warga Ethiopia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Lubnan selama lebih tiga dekad demi menyara pendidikan anaknya.

Berpindah ke negara asing pastinya sangat mencabar bagi setiap individu, namun, untuk memberi sinar kepada masa hadapan keluarga membuatkannya lebih berdedikasi dan semangat.

BACA LAGI: Profesor wanita Bengaluru sosok penting di sebalik reka bentuk jambatan, landasan kereta api tertinggi dunia

BACA LAGI: Dari bekas tentera ke dapur masak, peniaga goreng pisang di Shah Alam tak jemu saji pelanggan lebih 3 dekad

 

 

 

Dalam video sama, wanita terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas 30 tahun bekerja dengan menaiki penerbangan Ethiopian Airlines.

Lebih mengharukan apabila anak lelakinya yang merupakan juruterbang pesawat terbabit membuat kejutan istimewa buatnya.

Anak lelakinya juga dilihat menunggu dengan sabar sambil memegang sejambak bunga untuk diberikan kepada ibu tercinta.

Mereka kemudiannya saling berpelukan sambil tersenyum gembira dapat bersatu sebagai satu keluarga.

Momen bahagia tersebut secara tidak langsung memperlihatkan perjuangan seorang ibu untuk mencari rezeki dan berkorban demi kelangsungan keluarga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram