Hidup lebih lama antara 3 punca, duit pencen wanita lebih sedikit berbanding lelaki, kata pakar ekonomi


  • Massa
  • Selasa, 17 Jun 2025

Wanita lazimnya tidak mempunyai wang persaraan tinggi kerana perlu mengutamakan keluarga.

SIMPANAN hari tua yang diterima oleh pekerja wanita lazimnya lebih sedikit berbanding gender berlawanan mereka.

Itu yang dikatakan oleh pakar ekonomi global, Haleh Nazeri dalam Forum Ekonomi Dunia yang membincangkan mengenai ekonomi berasaskan penuaan penduduk atau longevity economy.

Kata Nazeri, wanita berdepan dengan situasi "tiga ribut" atau three storms yang menyebabkan mereka mempunyai wang persaraan yang kurang termasuk perlu menguruskan ekonomi rumah tangga.

BACA LAGI: Konflik Israel: Malaysia teliti keperluan bawa keluar rakyat dari Iran — PM Anwar

BACA LAGI: Projek tebatan banjir bongkar sisi gelap Sungai Klang, lebih 10 mayat termasuk bayi ditemukan

Haleh Nazeri (kanan) berkata wanita berdepan lebih banyak ancaman yang kemudiannya mengurangkan wang persaraan mereka.

"Bila bercakap mengenai ekonomi berasaskan penuaan penduduk, wanita lazimnya berdepan ancaman tiga kali ganda kerana kita hidup lebih lama, tapi raih wang lebih sedikit dan kurang simpanan atau wang persaraan.

"Tapi kita juga kekal sebagai pengasuh, kita tinggalkan tempat kerja dan itu menyebabkan kita dapat kurang pendapatan. Ia adalah isu yang kritikal," katanya.

Dia turut mencadangkan agar syarikat menyediakan kemudahan asuhan sebagai manfaat buat pekerja yang mempunyai anak atau staf lebih berusia.

Ditanya mengenai tindakan syarikat mendapatkan menggaji semula wanita, Nazeri berkata mereka tidak perlu prejudis terhadap umur yang meningkat. Sebaliknya, fokus kepada kualiti si pemohon.

"Saya rasa semua pihak mahu bekerja jika diberikan peluang, terutamanya golongan pengasuh yang terpaksa tinggalkan dunia kerjaya. Mereka perlu diberikan manfaat terhadap kekosongan dalam resume.

"Bila ada kekosongan itu, orang akan fikir ia buruk, tapi sebenarnya mereka mengambil masa untuk menjaga keluarga. Oleh itu, beri wanita-wanita sebegini peluang dan anda akan saksikan bagaimana mereka bersemangat untuk kembali bekerja," ujarnya. — The Star/FAZLEENA AZIZ/CHARLES RAMENDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram