Konflik Israel: Malaysia teliti keperluan bawa keluar rakyat dari Iran — PM Anwar


  • Massa
  • Selasa, 17 Jun 2025

Malaysia belum membuat kata putus untuk membawa pulang rakyatnya ekoran konflik antara Iran-Israel. — Agensi

KEPUTUSAN untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran berikutan konflik antara Iran dan Israel masih belum diputuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara tersebut dalam jawapan ringkas kepada media tempatan ketika ditanya sama ada proses pemindahan warganegara Malaysia dari Iran telah dimulakan.

“Belum,” jawab beliau ringkas ketika ditemui media pada Persidangan Sasana Symposium 2025 di Kuala Lumpur pada Selasa.

BACA LAGI: Projek tebatan banjir bongkar sisi gelap Sungai Klang, lebih 10 mayat termasuk bayi ditemukan

BACA LAGI: Nahas Gerik: Puspakom sahkan brek bas bawa pelajar UPSI berfungsi

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech at launch The Centre of Excellence for Research and Innovation Islamic Economic at Sasana Kijang,Bank Negara Malaysian in Kuala Lumpur.. —AZHAR MAHFOF/The Star

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. — AZHAR MAHFOF/The Star

Setakat ini, kerajaan Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai jumlah rakyat Malaysia yang berada di Iran atau rancangan pemindahan mereka.

Ketegangan di Asia Barat meningkat berikutan beberapa siri insiden, termasuk serangan udara dan konflik rentas sempadan yang menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa.

Sebelum ini, Kementerian Luar Negeri (KLN) menasihatkan semua warganegara Malaysia untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke Iran, Iraq dan Jordan susulan ketegangan yang meningkat di rantau tersebut.

KLN juga memaklumkan bahawa ruang udara di ketiga-tiga negara tersebut telah ditutup, menyebabkan gangguan kepada jadual penerbangan.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram