
SEORANG wanita merayu agar barang kemasnya yang tercicir di sebuah restoran dekat Jitra, Kedah dipulangkan semula.
Dalam siaran yang dikeluarkan oleh Herna Azura di Facebook pada Ahad, dia memuat naik video rakaman kamera lita tertutup (CCTV) menunjukkan terdapat pasangan yang mengambil barang kemasnya dan berlalu pergi.
Kecewa dengan situasi tersebut, Azura berharap agar pasangan tersebut akan menghubunginya semula dan memulangkan barang kemasnya itu. Katanya, laporan polis sudah pun dibuat.
BACA LAGI: Tular rakaman HR tengking staf minta berhenti, ramai tak tahu pentingnya PIP
"Kepada sesiapa yang mengenali pasangan ini tolong beritahu untuk hubungi saya.
"Tolong pulangkan barang saya dengan cara baik, saya tahu awak pun tak sengaja terambil," katanya.
Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat lelaki kepada pasangan itu tiba-tiba tunduk di sebuah meja seperti sedang mengambil sesuatu dipercayai barang kemas milik Azura.
Mereka kemudiannya berlalu pergi dari meja tersebut seperti tiada apa yang berlaku.
Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram