
AJAL maut di tangan tuhan, itulah ungkapan paling tepat menggambarkan nasib luar biasa dua mangsa tragedi udara berbeza yang terselamat dalam kejadian mengorbankan ratusan nyawa, meskipun duduk di tempat duduk yang sama.
Terbaharu, lelaki warga Britain disahkan sebagai satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Air India yang meragut 241 nyawa, selepas pesawat itu terhempas sejurus berlepas dari Ahmedabad dekat India pada Khamis.
Lebih mengejutkan, Vishwash Kumar Ramesh, 34, yang duduk di tempat duduk 11A, dipercayai berada di lokasi sama dengan tempat duduk seorang lagi mangsa terselamat dalam tragedi nahas Thai Airways pada 1998.
BACA LAGI: [VIDEO] Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Air India – Wisma Putra
Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu dilaporkan berlepas pada pukul 9.50 pagi waktu tempatan dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London pada pukul 6.25 petang, namun ia terhempas ke sebuah asrama doktor hanya beberapa minit selepas berlepas.
Rakaman tular di media sosial memaparkan pesawat tersebut menjunam di kawasan perumahan sebelum meletup, sekali gus menyebabkan pihak berkuasa mengesahkan tiada penumpang yang selamat sehinggalah Ramesh ditemui hidup.
Tempat duduk 11A yang diduduki Ramesh turut dikaitkan dengan insiden nahas pesawat Thai Airways TG261 pada tahun 1998 yang meragut 101 nyawa. — Agensi
Menurut laporan, isyarat kecemasan sempat dihantar juruterbang beberapa saat selepas berlepas, namun ia menjadi isyarat terakhir dari kokpit sebelum pesawat hilang kawalan.
Ramesh dilaporkan duduk bersama abangnya, Ajay, namun mereka berada di barisan berlainan. Ajay disahkan maut dalam kejadian itu.
"Masa kejadian berlaku sangat pantas. Dalam 30 saat selepas berlepas, saya dengar bunyi kuat. Bila saya sedar, mayat berada di sekeliling saya. Saya terus bangun dan lari,” katanya kepada Hindustan Times.
"Serpihan pesawat bersepah di mana-mana. Ada seseorang bantu saya naik ambulans dan bawa ke hospital,” katanya lagi.
Lebih aneh, tempat duduk 11A yang diduduki Ramesh turut dikaitkan dengan insiden nahas pesawat Thai Airways TG261 pada tahun 1998 yang meragut 101 nyawa.
A passenger on seat 11A survived the Air India crash.
He's a British national called Vishwash Kumar Ramesh. pic.twitter.com/xctfVBuPA4
— Mukhtar (@I_amMukhtar) June 12, 2025
Dalam kejadian tersebut, penyanyi Thailand, Ruangsak Loychusak, 47, juga merupakan satu-satunya penumpang yang terselamat, dan secara kebetulan, dia juga duduk di tempat duduk 11A.
Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Bangkok ke Surat Thani ketika ia terhempas ke dalam kawasan berpaya akibat kegagalan teknikal sewaktu pendaratan.
"Saya terkejut apabila dapat tahu mangsa yang terselamat dalam nahas di India juga duduk di tempat yang sama dengan saya iaitu 11A," kata Ruangsak kepada media antarabangsa.
Penyanyi itu turut menyifatkan peluang hidup kali kedua itu sebagai satu anugerah dan mengakui mengalami trauma selama 10 tahun selepas tragedi.
"Saya mengalami kesukaran bernafas setiap kali menaiki pesawat, walaupun sistem udara berfungsi dengan baik.
"Saya jarang bercakap dengan sesiapa dan hanya tenang jika duduk di tepi tingkap,” jelasnya.
Ruangsak satu-satunya mangsa yang terselamat dalam dalam tragedi nahas Thai Airways pada 1998. — Agensi
Bagi Ramesh pula, dalam wawancara terbaharu bersama Metro, berkongsi detik cemas pesawat terhempas.
"Lima ke sepuluh saat selepas berlepas, saya rasa seperti pesawat tergantung di udara. Lampu mula berkelip hijau serta putih dan kemudian pesawat itu melanggar bangunan," katanya.
"Bila saya nampak pintu keluar, saya cuba keluar dan saya berjaya. Mungkin penumpang di bahagian lain tidak sempat," katanya yang masih terkejut dengan insiden itu.
Ramesh turut menyaksikan detik mengerikan beberapa penumpang maut di hadapan matanya, termasuk dua pramugari.
"Saya tidak tahu bagaimana saya terselamat. Saya sendiri berjalan keluar dari timbunan runtuhan,” ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram