
SEORANG ibu yang kehilangan anaknya nyata tidak dapat menahan sebak apabila pemergian itu diganti dengan hadiah tidak ternilai.
Perkongsian video oleh individu yang dikenali sebagai Puan Intan itu mendapat perhatian ramai apabila teman-teman rapat anaknya datang berkunjung ke rumah untuk beraya selepas pemergian putera kesayangannya.
Menurut Intan, anaknya iaitu Muhammad Afi Syahmi meninggal dunia akibat kanser pada 2023.
BACA LAGI: [VIDEO] Rizman pasang impian ingin anak-anak sambung legasi jenama Rizman Ruzaini
BACA LAGI: Bapa moden bukan tahu semua, tapi yang ingin terus belajar, berubah demi jaga amanah ALLAH
Kata Intan, sokongan yang ditonjolkan oleh rakan-rakan Afi selepas anaknya meninggal dunia cukup luar biasa apabila mereka seramai 20 orang datang ke rumah bagi memeriahkan suasana.
"Masa ini anak kita baru meninggal (dunia) dan semua teman rapatnya datang beraya. Seorang pergi, 20 (jadi) pengganti.
"(Buat) yang melihat, sudikanlah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah anak kita ya. Dua tahun dah dia pergi disebabkan kanser, sedih tapi (saya) reda, Insya-ALLAH.
"Muhammad Afi Syahmi, pergimu tiada gantinya sayang," kata Intan dalam media sosialnya.
Intan yang merupakan seorang pembuat kek mengatakan yang anaknya itu sudah menghidapi kanser sejak 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram