[VIDEO] Penampilan skema bukan halangan, ramai yakin DMA Islam mampu tundukkan Abang Koroy


  • Podium
  • Sabtu, 14 Jun 2025

Rata-rata peminat DMA Islam menyatakan keyakinan bahawa dia mampu menundukkan Koroy, meskipun tampil dengan imej 'nerd'.

KEJOHANAN Twins Championship bakal menggegarkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Jun dengan aksi penuh mendebarkan sempena Hari Belia Negara 2025.

Sebanyak 20 pertarungan melibatkan kategori lelaki dan wanita akan berlangsung dalam acara ini, yang turut dimeriahkan oleh kehadiran barisan pempengaruh dan artis popular tanah air, menjadikan suasana lebih meriah dan mencuri perhatian peminat sukan tempur.

Antara pertembungan yang paling dinanti-nantikan ialah pertarungan antara Danial Mirza atau lebih dikenali sebagai DMA Islam, menentang Awie MBR, turut dikenali sebagai Abang Koroy.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Perpisahan terjadi jua', Safuwan Baharudin-Amri Yahyah antara 4 legenda 'angkat kaki' tanpa kerelaan fans Gergasi Merah

BACA LAGI: [VIDEO] Mula-mula sekadar ‘baby sitter’, pengorbanan bapa latih anak main pingpong sejak PKP mulai tuai hasil

 

 

 

 

Kedua-dua personaliti media sosial itu mencuri tumpuan selepas video sesi Face-Off mereka tular di laman Instagram rasmi @twinschampionship.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat DMA Islam menyatakan keyakinan bahawa dia mampu menundukkan Koroy, meskipun tampil dengan imej ‘nerd’.

Ramai memuji komitmen dan latihan intensif yang telah dijalankan oleh DMA Islam menjelang aksi berkenaan.

“DMA Islam itu nampak saja nerd, yang pernah training dengan dia saja tahu macam mana hardworking dia training, keras budak tu, jangan terkejut nanti,” komen pengguna @huseng_darthvader.

“Mereka ni boxing ke kickboxing? Tapi rasa tumbang Koroy ni. DMA Islam nampak lagi padu,” tulis @miqroi pula.

“Kenalah nanti si Koroy tu, DMA Islam nampak saja nerd,” kata @kun-azam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram