[VIDEO] 'Orang nak dengar bunyi hutan, bukan mercun', letupan bunga api di Tasik Kenyir gugat kedamaian, ganggu hidupan liar


  • Tular
  • Ahad, 15 Jun 2025

Percikan bunga api di Tasik Kenyir dilihat menganggu hidupan liar di sana.

MENJADI kebiasaan untuk warga kota akan pergi ke kawasan luar bandar untuk menikmati suasana yang berbeza.

Lazimnya, warga kota akan menukar suasana kesibukan di bandar dengan kedamaian kawasan luar bandar untuk mencari ketenangan.

Namun begitu, situasi yang berbeza berlaku apabila ketenangan di luar bandar itu dicemari dengan suasana kecoh hingga menganggu orang lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Tular tergelincir di selekoh Bentong, polis cari 2 penunggang 'superbike' terbabit kemalangan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Entah-entah OT pun ada', tular video papar peminta sedekah 'tukar syif' bekerja di Kuantan

Berdasarkan perkongsian oleh Dr Fitri Yusof di laman X (Twitter), dia mempersoal tindakan sesetengah pihak yang mencemar kedamaian Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dengan pencemaran bunyi seperti bermain bunga api.

Katanya, tindakan tersebut seolah-olah tidak memikirkan orang lain yang turut datang ke tasik tersebut untuk menikmati keindahan hutan.

"Tak faham, masuk Tasik Kenyir buat perangai toya main mercun buat bising dekat hutan. Orang nak dengar bunyi hutan, bukan bunyi mercun kau," katanya.

Perkongsian Fitri itu turut mendapat perhatian warganet lain yang turut meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir pihak yang membuat bising di hutan. Malah, ada yang turut membawa set karaoke ke dalam hutan.

"Di Tasik Kenyir tu ada 267 jenis burung dan 153 jenis mamalia. Diorang mesti terkejut dengar bunyi letupan dan langit tiba-tiba cerah. Bukan manusia saja yang menghuni alam ni," kata Young Arif.

"Sepatutnya tak boleh. Tasik Kenyir itu habitat pelbagai burung dan hidupan liar. Mercun akan ganggu mereka. Pengusaha pelancong bertanggungjawab mentamadunkan sikit perangai pelancong yang tiada tamadun," komen Skylar pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram