[VIDEO] 'Entah-entah OT pun ada', tular video papar peminta sedekah 'tukar syif' bekerja di Kuantan


  • Tular
  • Isnin, 14 Apr 2025

Tangkap layar video tular memaparkan dua orang peminta sedekah yang bertukar tempat untuk melakukan kegiatan mereka dipercayai di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Pahang.

SEJAK beberapa tahun belakangan ini, kegiatan meminta sedekah sudah menjadi satu fenomena semakin membarah di Malaysia.

Kegiatan yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan rakyat Malaysia ini boleh dilihat berlaku terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah, persimpangan jalan utama, dan sekitar kawasan pejabat.

Pada masa sama, beberapa laporan yang dibuat media tempatan turut mendedahkan bahawa terdapat peminta sedekah dilihat mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan.

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Malah, ada antaranya dipercayai beroperasi di bawah sindiket yang mengawal kumpulan tertentu bagi mengaut keuntungan daripada aktiviti tersebut.

Terbaharu, tular satu video memaparkan aktiviti meminta sedekah yang dilakukan dua individu dipercayai terletak berdekatan sebuah pusat beli-belah di Kuantan Pahang.

Lebih menghairankan, kedua-dua peminta sedekah tersebut dilihat seakan-akan bertukar syif dengan salah seorang daripadanya mengambil alih tempat ditinggalkan rakannya.

Video terbabit dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

"Ingatkan kerja kilang je tukar syif? Jadi peminta sedekah pun ada syif juga rupanya.

"Entah entah ada ot (waktu kerja tambahan) sekali ni," ujar akaun X, kamaghul yang memuat naik video tersebut pada Rabu.

Waktu sebenar rakaman kejadian itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram