
SERAMAI 30 orang pekerja asing mengalami kecederaan dalam satu kemalangan bas akibat hilang kawalan berlaku di Bangi, Selangor pada Khamis.
Kejadian yang berlaku pada waktu pagi di Jalan P/6, Section 13, Bandar Baru Bangi melihatkan bas itu terbabas dan terbalik.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan sekitar 6.59 pagi dengan sebanyak tiga kenderaan kecemasan dan 13 pegawai dikerah ke tempat kejadian.
BACA LAGI: Wanita kerja kilang getah ditahan, bantu siasatan kes simbah asid pemilik spa di Bachok
BACA LAGI: Pemandu lori punca nahas FRU ditahan semula sejurus dibebaskan sebab kes curi lembu
Pihak bomba memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera.
"Lapan daripada pekerja yang cedera dibawa ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, sementara mangsa-mangsa lain dirawat di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa yang sama, terdapat 11 lagi pekerja asing tidak menerima sebarang kecederaan semasa kejadian berlaku.
Operasi tersebut diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Rahamat Sabarudin dengan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi serta Kajang dikerahkan ke tempat kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram