
SEBUAH lori membawa muatan pepejal dikesan melakukan tindakan luar jangka apabila meletakkan sebuah kereta diatasnya.
Dalam sebuah rakaman yang tular, situasi tersebut dilihat berlaku di Kuala Lumpur dengan pemandangan tersebut begitu janggal dan tidak pernah dibuat orang.
Menerusi perkongsian firdodidoz, rakaman tersebut menyaksikan sebuah lori yang tidak mempunyai nombor pendaftaran berada di jalan raya sambil membawa sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) diatasnya.
"Sekarang ni, macam mana ni? Boleh ke tak boleh (kereta diletakkan diatas lori)? Macam mana ni, kereta siapa dia rembat ni?
"Macam mana ni? Dengan lori pun tak ada nombor plat," soalnya.
Situasi tersebut nyata menimbulkan kegusaran orang awam dengan mereka masih menduga siapakah si pelaku tersebut.
Ada yang mendakwa tindakan tersebut dilakukan oleh warga asing dan bukannya warga tempatan.
"Kalau buat kerja tak masuk akal macam ni (mesti) kerja warga asing," kata Zaharuddin Jaa.
"Jabatan Pengangkutan Jalan di mana?," soal Asniza mahukan penjelasan dari pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram