[VIDEO] Fikir dulu sebelum duduk bergambar atas kereta orang lain, apa salahnya kalau minta izin


  • Tular
  • Khamis, 05 Jun 2025

Tangkap layar lelaki yang duduk di atas sebuah kereta milik orang lain demi bergambar.

TINDAKAN seorang individu yang duduk di atas sebuah kereta milik orang lain demi bergambar mengundang kecaman warganet selepas video rakaman insiden tersebut tular di media sosial sejak Rabu.

Dalam video berdurasi kurang daripada 20 saat berkenaan, kelihatan seorang lelaki dengan selamba duduk di atas bonet hadapan sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan awam, dipercayai untuk menangkap gambar.

Menerusi satu hantaran dibuat seorang pelayar di platform X, Hafiz Razak pada Rabu malam, dia turut meluahkan rasa tidak puas hati orang ramai yang menyifatkannya sebagai menceroboh hak milik peribadi dan tidak beretika.

BACA LAGI: [VIDEO] Pasangan suami isteri gaduh campak barang di pasar raya, ada syak konten menjelang Aidiladha

BACA LAGI: Polis Kelantan kenal pasti 41 'hotspot' nahas, jangka 2 juta kenderaan tiba sempena Aidiladha

"Aduh banyak-banyak tempat, sini juga kau nak bergambar. Nak bergambar tak salah, tapi kau duduk atas kereta orang dah kenapa? Tak kisahlah kereta tu mahal ke murah," demikian reaksi pengguna media sosial yang jelas kecewa dengan perlakuan individu terbabit.

Dalam video tersebut, lelaki yang merakam dan dipercayai pemilik kenderaan terbabit juga pelik dengan tindakan individu terbabit yang seolah-olah tidak melihat keberadaannya dalam kereta itu.

"Tangkap gambar duduk atas kereta itu. Kalau posing di depat situ, okey lah sikit. Ini duduk atas kereta. Aduhai. Alamak duduk atas kereta pula. Dia tidak nampak aku ke?," kata pemilik video berkenaan.

Ramai warganet berpendapat bahawa tindakan itu bukan sahaja tidak sopan, malah boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan berkenaan. Ada yang menyarankan agar pemilik kenderaan membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mahupun individu terbabit.

Dalam pada itu, majoriti orang awam turtu dinasihatkan agar lebih peka dan menghormati hak milik orang lain, khususnya ketika berada di tempat awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram