
ISU peniaga yang menyewakan kerusi dan khemah di pantai nampaknya masih berbangkit. Sebelum ini, perkara itu hangat diperkatakan di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kini, isu serupa mula berlaku di Pantai Teluk Senangin, Perak apabila seorang pengunjung meluahkan kekecewaanya terhadap peniaga tersebut.
Menurut perkongsian ain_syakilla di TikTok, dia menceritakan bagaimana peniaga tersebut menunjukkan 'kuasa' dengan tidak membenarkan sebarang kerusi dan pelampung yang diletakkan dialih.
BACA LAGI: Tular rakaman HR tengking staf minta berhenti, ramai tak tahu pentingnya PIP
Tindakan peniaga tersebut nyata memberikan pengalaman buruk buat mereka yang berkunjung ke pantai tersebut. Hal ini kerana, hajat mereka untuk menikmati pemandangan indah pantai bertukar kepada perlu melihat lambakan kerusi dan pelampung.
"Apa dah jadi dengan Teluk Senangin? Ingat nak berseronok bercuti dekat sini, pemandangan cantik bersih. Tiba-tiba kena marah dengan pak cik (pakai) baju hitam dengan topi tu.
"Dia kata ini kawasan dia, dia jaga. Jadi kami fikir mungkin kena sewa kerusi atau meja dia. Kami sewalah meja RM10 satu, walaupun kami ada, kami memang bawa kerusi.
"Boleh pula dia sound, kerusi dan pelampung ni semua tak boleh ubah. Korang boleh bayangkan tak macam mana keadaan pemandangan kami? Konon nak lihat pemandangan pantai sambil pantau anak-anak mandi, sekali view kerusi merah dan putih lagi banyak sekarang ni," katanya.
Luahan tersebut mendapat perhatian ramai dan ada yang berkongsikan kenyataan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang menegaskan pantai tersebut adalah milik orang awam.
Dalam kenyataan bertarikh 15 Ogos 2024 itu, MJPM menegaskan tiada pihak boleh engenakan sebarang caj kepada pengunjung untuk bersantai atau mengenakan sewa bagi barang-barang perkelahan.
Majlis Perbandaran Manjung tidak mengenakan caj kepada orang awam di pantai Teluk Senangin.
"Dimaklumkan bahawa Pantai Teluk Senangin merupakan pantai peranginan untuk orang awam. Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Manjung tidak mengenakan apa-apa caj atau mengarahkan mana-mana pihak mengutip caj kepada pengunjung bersantai atau caj tapak perkelahan untuk membentang tikar dan sebagainya.
"Sekiranya ada mana-mana pihak mengenakan sebarang caj kepada orang awam, aduan boleh dikemukakan ke talian 05-6898833, hotline aduan awam, Majlis Perbandaran Manjung," kata MPM dalam satu kenyataan.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram