
DALAM cinta, tidak semua luka datang dari pasangan. Ada yang datang dari orang yang sepatutnya menyambut kita sebagai keluarga.
Itulah yang dilalui pempengaruh dari Pekanbaru, Indonesia, Cut Aliza Syakila apabila kisah rumah tangganya menjadi tular selepas beliau mendedahkan sisi gelap perkahwinannya dalam sebuah ceramah.
“Saya menikah pada usia 23 tahun. Tanpa pacaran, cuma enam bulan prosesnya. Alhamdulillah, tiada halangan dari saya dan suami. Tapi ujian datang... dari adik ipar sendiri,” luah Aliza.
BACA LAGI: Sudah diet, bersenaman tapi perut masih buncit? Ketahui 9 punca 'belly fat' ramai terlepas pandang
@kajianhati_ttv “Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji?” (QS. Al-Ankabut: 2) Saksikan Kajian Hati bersama @ahilmanfauzi @deswitamaharani80 dan @Queen of overthinking dengan tema “Janji Suci Pengikat Hati, Menjadi Takdir Sehidup Semati” pada:: Sabtu, 31 Mei 2025: 07.30 WIB: Trans TV #kajianhati #kajianhatitranstv suara asli - dimas :) - dimás
Menurutnya, sebelum perkahwinan berlangsung, adik iparnya sering melakukan siaran langsung di media sosial dan secara terbuka menyatakan rasa tidak suka terhadap dirinya.
“Dia pernah cakap dalam live, ‘Aku tak akan datang ke majlis nikah abang aku’. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Bila saya tanya sendiri, dia kata dia okey. Tapi bila depan kamera, lain pula,” katanya.
Lebih menyakitkan, adik iparnya dilihat berulang kali mengutuknya secara terbuka di media sosial.
Namun, di sebalik ujian itu, Cut bersyukur memiliki suami yang tetap berada di pihak untuk membelanya.
“Suami saya jenis yang kalau keluar mesti bawa isteri dan anak. Lepas kerja, terus pulang. Ke mana-mana pun akan minta izin. Dan paling saya hargai, dia sentiasa utamakan saya dalam semua hal.
"Hal yang aku syukuri adalah suamiku. Tidak mahu tahu hal selanjutnya yang penting ada suamiku di dalamnya,” tulisnya di Instagram sambil memuat naik gambar suami tercinta.
Pendedahan kisah Cut turut mendapat respons pendakwah terkenal, Hilman Fauzi yang menekankan bahawa cinta selepas nikah bukan hanya antara dua insan, tetapi penyatuan dua keluarga.
“Perkahwinan bukan hanya menyatukan dua hati. Ia menyatukan dua keluarga. Maka sebelum bernikah, pastikan kita bukan hanya bersedia menerima pasangan, tetapi seluruh keluarganya juga,” ujarnya.
Menjengah di ruangan komen, ramai berasa sebak mengetahui kisah itu dan tampil memberi sokongan moral.
Seorang wanita, Eva TsaQieva Kazlak berkata, Cut perlu tabah menghadapi dugaan itu memandangkan dia mendapat sokongan daripada insan yang disayangi iaitu suaminya.
“Sentiasa bersemangat, wahai isteri. Yang tiada mertua pun masih diuji. Yang penting, suami dan isteri saling menyokong," katanya.
Pengguna lain, Habibie pula meninggalkan komen ringkas namun memiliki maksud yang mendalam.
“Selagi suami ada di pihakku, duniaku akan baik-baik saja," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram