[VIDEO] Pempengaruh berani buat konten 'makan' produk kosmetik meninggal, spekulasi peminat ada kaitan dengan keracunan


  • Tular
  • Selasa, 03 Jun 2025

Seorang pempengaruh di Taiwan yang terkenal kerana makan kosmetik meninggal dunia secara tiba-tiba.

SEORANG pempengaruh wanita dari Taiwan yang dikenali sebagai Guava Beauty disahkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 24 tahun. 

Kematian beliau mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan akibat keracunan bahan kimia daripada kandungan videonya yang sering melibatkan aksi makan produk kosmetik.

Guava Beauty sebelum ini terkenal di media sosial kerana penampilan comel dan idea kandungan yang luar biasa. 

BACA LAGI: Sudah diet, bersenaman tapi perut masih buncit? Ketahui 9 punca 'belly fat' ramai terlepas pandang

BACA LAGI: Tak sangka pencinta buku fizikal ada 7 tabiat unik, jarang dimiliki orang lain terutama 'point' nombor 2

@guava_beauty_ 去韓國麻煩也去逛一下daiso韓國大創 真的有CP值爆表的彩妝可以挖!! 我真的大推最後的唇釉跟唇頰泥! 漂亮死了而且又便宜 大家都有能力全款包色的那種! 我以後不會只有蹲在olive young了 大創我也已經準備好置板凳了! #韓國生活 #韓國彩妝 #唇彩 原聲 - 芭樂水水

Beliau mempunyai lebih 12,000 pengikut dan sering memuat naik video mekap mukbang iaitu memaparkan adegan memakan produk kecantikan seperti gincu, pemerah pipi, topeng muka dan pad kapas.

Dalam salah satu videonya yang tular, dia mempromosikan pemerah pipi jenis jeli dengan kapsyen:

“Kalau awak berani cadangkan, saya berani makan," katanya. 

Dalam video itu, beliau kemudian menyapu produk itu ke pipi dan bibir, kemudian mengunyahnya menggunakan garpu.

“Rasanya macam keli… Tapi maaf, rasanya teruk,” katanya sambil ketawa.

Walaupun ada yang terhibur, ramai juga yang risau kandungan seperti itu boleh memberi pengaruh negatif terutama kepada penonton muda yang mungkin menyangka produk kosmetik selamat untuk dimakan.

“Tolong berhenti buat kandungan begini. Kosmetik bukan makanan.

"Walaupun dimuntahkan semula, bahan kimia dalamnya masih boleh membahayakan. Jangan sampai orang lain terpengaruh dan sakit," kata seorang pengguna. 

Video tersebut menjadi yang terakhir dimuat naik oleh Guava Beauty. 

Pada 24 Mei, bio akaun media sosialnya diubah kepada, “Log keluar dari dunia. Mula perjalanan baru. Semua urusan kerja dihentikan.”

Selang sehari selepas itu, keluarganya mengumumkan kematiannya melalui satu kenyataan. 

“Dengan dukacita, kami maklumkan bahawa Guava Beauty telah meninggalkan dunia pada 24 Mei 2025.

"Terima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini. Mungkin di syurga nanti, dia sedang buat mukbang solekan khas untuk para malaikat," katanya.

Selepas pengumuman itu, ramai pengguna internet dari Taiwan dan China mengeluarkan pelbagai andaian. 

Ada yang percaya dia meninggal dunia akibat keracunan bahan kosmetik, manakala ada juga yang menyangka ia berpunca daripada serangan jantung.

Istilah mukbang secara amnya merujuk kepada kandungan yang melibatkan makan.

Trend mukbang memang popular di Asia kerana ia memberi hiburan dan rasa tenang kepada penonton. 

Namun, tindakan makan produk kosmetik adalah sangat berbahaya.

Pakar kesihatan menegaskan bahawa produk kecantikan mengandungi bahan kimia yang direka hanya untuk kegunaan luaran. 

Jika dimakan, ia boleh merosakkan organ dalaman, menyebabkan keracunan dan dalam kes yang teruk sehingga boleh membawa maut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram