BERDASARKAN statistik semasa, terdapat lebih 1,000 kenderaan terbengkalai sekitar Pulau Pinang dengan empat depot kenderaan disita milik majlis bandaraya sudah hampir penuh.
Namun, terdapat 1,000 sebab untuk anda tidak dengan sesuka hati mengabaikan kenderaan yang tidak boleh lagi dipakai dengan salah satu sebabnya adalah anda boleh menerima kira-kira RM1,000 sekiranya ia dikitar semula.
Malah, proses untuk melupuskan kenderaan itu menerusi saluran tepat adalah mudah kerana pengguna hanya perlu menggunakan Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor (e-Dereg) di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tersedia secara atas talian.
BACA LAGI: Jika disusun, hampir 6,000 kenderaan tersadai ditunda PBT di Selangor melepasi aras Gunung Everest
BACA LAGI: MBPJ tambah 30 CCTV mudah alih, tingkat keselamatan Petaling Jaya
Noorazrein menjelaskan proses perlu dilakukan pengguna untuk melupuskan kenderaan terbengkalai.
Sebaik sahaja data kenderaan itu dipadam dari sistem, pengguna boleh menghubungi pusat kitar semula berlesen untuk mengambil kenderaan yang mahu dilupuskan seperti mana dinyatakan petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Noorazrein Noorazlan Ong.
"Proses atas talian hanya mengambil masa kurang sejam menggunakan sistem e-Dereg milik JPJ," katanya.
Jelasnya lagi, kenderaan terbiar dan terbengkalai bukan sahaja menjejaskan pemandangan dan mengganggu ruang memarkir kereta, malah boleh menjadi sarang pembiakan haiwan perosak seperti nyamuk, tikus dan lipas.
Sekiranya pemilik tidak mengambil tindakan, pihak berkuasa tempatan diminta untuk menyelesaikan isu tersebut, namun ia memakan masa dan menyebabkan lambakan kenderaan di depot simpanan.
Kenderaan terpakai tidak diuruskan boleh menjadi sarang pembiakan makhluk perosak.
"Kita perlu mengesan pengguna dan memberikan notis kepadanya. Sekiranya mereka masih gagal mengambil tindakan, kita perlu membuat semakan dengan pihak polis dan mengambil tindakan sepatutnya untuk melupuskan kenderaan tersebut," katanya lagi.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (Penang), Datuk S Parthiban turut berkata, proses pelupusan melalui saluran tepat boleh memberikan pemilik wang mengikut jenis kenderaan, namun tidak mencecah RM1,000.
Misalnya, kereta lama seperti Proton Saga boleh memberi pemilik RM400 sekiranya dilupuskan dengan betul sementara Nissan Sunny hanya menjanjikan nilai antara RM350 dan RM400 manakala Ford Cortina boleh memberikan sehingga RM400.
Tetapi, bagi Mercedes-Benz boleh menjanjikan jumlah lebih besar iaitu sehingga RM1,000 dan van yang dilupuskan boleh mencecah RM1,200 sehingga RM1,300 berdasarkan keadaan semasa kenderaan.
"Alat ganti kenderaan terpakai masih boleh digunakan akan dijual semula kepada mereka yang mengunjungi pusat pelupusan dengan harga murah. Minyak, cermin hadapan serta tayar akan dilupuskan," katanya. — The Star/N TRISJA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram