Generasi muda enggan kahwin di China meningkat, 'pasar cari jodoh' bantu ibu bapa 'shortlist' calon menantu


  • Relaks
  • Jumaat, 09 Mei 2025

Keputusan untuk tidak berkahwin dipengaruhi oleh faktor ekonomi. — Gambar hiasan/Agensi

SUSULAN berlakunya perubahan terhadap demografik di China selepas ramai anak mudanya enggan berkahwin, muncul satu fenomena 'pasar mencari jodoh' atau matchmaking corners yang memberi ruang kepada ibu bapa untuk mencarikan pasangan buat anak masing-masing.

Agensi melaporkan, ramai ibu bapa yang bimbang soal jodoh anak mereka mengambil langkah untuk mempamerkan maklumat peribadi anak sebagai usaha untuk mencari jodoh buat mereka di taman seperti di sebuah kuil di Beijing.

Trend tersebut menjadi perubahan besar dalam sikap generasi muda di negara itu terhadap perkahwinan.

BACA LAGI: Kos rawatan anak hampir RM60,000 tapi syarikat takaful enggan tanggung, ramai desak reformarsi industri perlindungan perubatan

BACA LAGI: Anggota bomba photoshoot wedding ala hero selamatkan isteri dari kebakaran, ini baru betul ‘abang bomba I love you’

 

 

Ramai yang kini memilih untuk menangguhkan atau menolak perkahwinan, dipengaruhi oleh faktor ekonomi seperti kos perkahwinan yang tinggi, harga rumah yang melambung dan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Bilangan pasangan yang mengikat tali perkahwinan mencatatkan penurunan sehingga mengancam industri perkahwinan di negara itu yang melibatkan jumlah sebanyak 400 billion dolar.

Sementara itu, jumlah perceraian merekodkan peningkatan. Justeru, ada segelintir pasangan yang memilih untuk merakam detik perpisahan mereka di hadapan kamera.

Gambar pasangan menanggalkan cincin kahwin, mengoyakkan sijil perkahwinan atau berpisah secara rasmi di pejabat pendaftaran perceraian kini sering dikongsi di media sosial tempatan.

Lebih pahit, ada juga pasangan yang sanggup membayar untuk memusnahkan kenangan perkahwinan mereka seperti gambar, gaun pengantin, cincin dan album kenangan.

Trend tersebut sekali gus membuka peluang kepada perkhidmatan pelupusan menggunakan mesin pencincang.

Kerajaan China telah mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan perkahwinan dan kelahiran, termasuk menawarkan insentif kewangan, mengurangkan birokrasi pendaftaran perkahwinan dan mempromosikan pendidikan cinta di universiti.

Namun, usaha-usaha tersebut belum menunjukkan kesan yang signifikan.

Pada tahun 2024, jumlah pendaftaran perkahwinan jatuh kepada 6.1 juta, penurunan hampir 21 peratus berbanding tahun sebelumnya, menandakan kadar terendah sejak rekod bermula pada tahun 1986. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram