
SEORANG pemilik kereta meluahkan kekecewaannya terhadap sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di Flat Columbia, AU2, Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, keretanya didakwa dirosakkan oleh seorang penduduk yang berang selepas dia bertindak meletakkan kenderaannya di satu petak parkir kosong.
Dalam video sama, pemilik itu mendakwa cermin sisi dipatahkan dan kesemua pintu keretanya diconteng dengan tulisan 'Nal Parkir' menggunakan cat jingga.
BACA LAGI: [VIDEO] Guna AI bantu soal jawab isu agama cetus kebimbangan ramai
VIRAL | Isu Parkir di Flat Columbia AU2 Keramat: Cermin Kereta Patah & Kenderaan Diconteng!
Kuala Lumpur – Seorang pemilik kenderaan meluahkan rasa kesal dan marah selepas mendapati cermin sisi keretanya telah dipatahkan dan pintu keretanya diconteng dengan tulisan "NAL… pic.twitter.com/7m65JhPPu5
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 29, 2025
Perbuatan itu juga didakwa sebagai amaran kerana petak parkir tersebut sudah 'dicop' menggunakan kerusi.
Mangsa juga mendakwa bahawa parkir berkenaan bukan dimiliki secara peribadi oleh mana-mana individu dan seharusnya menjadi parkir awam.
"Saya parkir pun sebab kosong di tempat itu, bukan saya main parkir.
"Macam dia yang buat jalan, bukan dia beli pun lot depan itu," tulisnya di aplikasi Thread menggunakan akaun @saddla.
Menurutnya, perkara itu juga dibawa ke pihak polis dan aduan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga sudah dilakukan.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan daripada mana-mana pihak berkenaan berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram