Rebut peluang menang RM500, cipta slogan menarik filem pendek 'JETAMA | Kaamatan 2025: Tahun Depan'


  • Hiburan
  • Khamis, 29 Mei 2025

Filem pendek sempena sambutan Pesta Kaamatan 2025 yang dibawakan khas oleh Jetama Sdn Bhd.

SERAMAI 50 orang penonton bertuah ditawarkan Jetama Sdn Bhd wang tunai sejumlah RM500 sempena pelancaran filem pendek sambutan Pesta Kaamatan 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Naim bin Uddang berkata, filem berdurasi 11 minit bertajuk 'JETAMA | Kaamatan 2025: Tahun Depan' dilancarkan di platform YouTube syarikat berkenaan pada 22 Mei lalu.

Katanya, filem itu mengangkat tema pengorbanan dan semangat kekeluargaan serta janji antara kakak dan adik.

BACA LAGI: [VIDEO] Kenang jasa bapa tanggung kos belajar, lelaki Brazil tak malu pikul tong gas naik pentas graduasi

BACA LAGI: [VIDEO] Bos di JB ringan tangan pukul staf hilangkan dokumen, wanita buat laporan polis

Kisah perjalanan Esther (kanan) menyertai pertandingan Unduk Ngadau. 

Ia juga mengisahkan tentang watak utama, Esther yang dilema sama ada mahu membantu mangsa kemalangan atau meneruskan perjalanan bagi mengikuti pertandingan Unduk Ngadau seperti dijanjikan kepada kakaknya.

"Sedikit kelainan pada tahun ini (2025), kami menggunakan kepakaran pengarah terkenal Mohd Ghazzali Abu Bakar yang berganding bahu dengan penulis skrip tempatan, Siti Syazurah Mohd Anwar untuk menghasilkan naskah ini.

"Kami berharap filem pendek yang mengambil masa dua hari penggambaran ini akan dapat menambat hati penonton dan secara tidak langsung dapat mengangkat tema Pesta Kaamatan 2025 iaitu 'Kaamatan Untuk Semua'," ujarnya.

Ahmad Naim turut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai pertandingan mencipta slogan berdasarkan kandungan filem pendek tersebut.

"Saksikan video berkenaan dan kongsikan pautan filem pendek tersebut

di laman sosial Facebook, Instagram atau Tiktok

"Para penonton juga perlu merangka satu ayat pendek yang bermula dengan 'saya suka video ini kerana...' tidak lebih 20 patah perkataan dan disertai dengan tanda pagar (hashtag) #kaamatanJetama2025, #jetama dan #kaamatanuntuksemua mulai Selasa hingga 8 Jun depan," jelasnya.

Beliau berkata, hantaran penyertaan juga perlu dikongsi secara umum di akaun media sosial masing-masing bagi tujuan pemantauan dan penilaian oleh pihak penganjur.

Filem pendek tersebut turut menggunakan Kampung Sangkir, Kota Belud sebagai lokasi pengambaran dan dibintangi dua pelakon berasal daripada Kota Marudu, Sabah iaitu Shelviana Josh sebagai Esther dan Julina Yongun memegang watak ibu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram