[VIDEO] Kenang jasa bapa tanggung kos belajar, lelaki Brazil tak malu pikul tong gas naik pentas graduasi


  • Benua
  • Khamis, 29 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan seorang pelajar dipercayai di Brazil membawa tong gas pada majlis graduasinya.

SEORANG pelajar lelaki dipercayai warga Brazil mencuri perhatian ramai apabila membawa sebuah tong gas memasak pada majlis graduasinya pada hujung 2024.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, lelaki tersebut dilihat memikul tong gas berkenaan dengan raut wajah yang sedih.

Meskipun beremosi, senyuman tetap terukir di wajahnya ketika menunggu giliran namanya dipanggil ke atas pentas.

BACA LAGI: [VIDEO] Guna AI bantu soal jawab isu agama cetus kebimbangan ramai

BACA LAGI: [VIDEO] Bos di JB ringan tangan pukul staf hilangkan dokumen, wanita buat laporan polis

 

 

 

 

 

Seketika namanya dipanggil, lelaki tersebut terus memikul tong gas itu di bahu dan berjalan ke atas dengan penuh semangat.

Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam, tindakannya itu bertujuan untuk memberi penghormatan kepada bapanya yang sudah meninggal dunia.

Difahamkan, bapanya bekerja sebagai penjual tong gas demi menyara keluarga dan menanggung kos pengajiannya.

Video itu secara tidak langsung membuatkan rata-rata warga maya terharu dan bangga terhadap lelaki berkenaan.

Ia juga menunjukkan kepentingan mengenang jasa seorang bapa yang bertungkus-lumus mencari rezeki demi masa depan keluarganya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram