[VIDEO] Guna AI bantu soal jawab isu agama cetus kebimbangan ramai


  • Massa
  • Khamis, 29 Mei 2025

Video janaan AI yang memaparkan sosok menyerupai pakar agama dalam menjawab isu-isu berkaitan.

PERANAN kecerdasan buatan (AI) kini dilihat lebih meluas apabila mampu memberikan penjelasan berkaitan hal ehwal agama.

Terbaharu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memperkenalkan dua pembantu AI yang dibangunkan oleh pasukan beliau untuk membantu dalam menjawab soalan atau isu dalam agama Islam.

Dua pembantu AI yang dihasilkan dengan kerjasama ChatGPT Plus (dibangunkan oleh OpenAI) dan Hedra Studio itu berfungsi sebagai Pegawai Pintar Syariah.

BACA LAGI: 'Lebih layak dan berpengalaman', Johari Abdul Ghani diramal bakal ganti Rafizi

BACA LAGI: [VIDEO] Bos di JB ringan tangan pukul staf hilangkan dokumen, wanita buat laporan polis

AI Dr Munir (kiri) dan AI Dr Munirah (kanan).

Kedua-dua pembantu itu diberi nama AI Dr Munir dan AI Dr Munirah.

"Kedua-duanya berperanan dalam merumuskan jawapan kepada lebih 9,000 persoalan-persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pengkalan data aplikasi Al-Inarah.

"Jangan risau, kerana mereka telah diprogramkan untuk mesra media sosial.

"Jawapan mereka juga adalah berdasarkan pendirian saya terkait isu dalam hal ehwal agama," tulisnya menerusi hantaran di X pada Khamis.

Penggunaan AI yang menyerupai manusia dan membawa watak sebagai pakar agama itu bagaimanapun mengundang kebimbangan orang ramai.

 

 

 

 

Rata-ratanya meluahkan kerisauan sekiranya sistem AI itu memberikan maklumat atau fakta yang mengelirukan.

"AI dah boleh masuk benda berkaitan agama. Gunalah AI dengan sebaik-baiknya, sebab sekarang zaman fitnah, tak tahu mana betul mana salah," tulis @hrfuturesnq.

"Maaf Dr, saya sangat-sangat tidak setuju dengan kaedah AI menyerupai orang ini. Dah terlalu banyak kekeliruan sampai tak tahu mana yang betul atau salah, lebih-lebih lagi berkait agama.

"Ramai yang meniru dan akan lebih keliru orang awam nanti," komen @AfifAfif13984.

Pun begitu, ada juga segelintirnya yang menyokong usaha dalam memanfaatkan fungsi AI dalam kehidupan harian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram