Fahmi Reza dakwa dihalau, dilarang masuk Sabah


  • Massa
  • Khamis, 29 Mei 2025

Fahmi Reza mendakwa dihalang dan dihalau dari memasuki Sabah.

PEREKA grafik dan aktivis, Fahmi Reza mendakwa dirinya dihalang memasuki Sabah dan dihantar pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagramnya, Fahmi atau nama sebenar Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin menerima notis larangan itu daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Dalam hantaran berasingan, Fahmi juga mendakwa dihantar balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

BACA LAGI: 'Lebih layak dan berpengalaman', Johari Abdul Ghani diramal bakal ganti Rafizi

BACA LAGI: [VIDEO] Guna AI bantu soal jawab isu agama cetus kebimbangan ramai

Notis larangan yang diterima Fahmi ketika tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Difahamkan, ia bukan kejadian kali pertama kerana Fahmi sebelum ini juga pernah ditahan ketika cuba memasuki Kota Kinabalu.

Fahmi bagaimanapun tidak menyatakan tujuannya datang ke Sabah pada waktu itu.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

Larangan itu dilakukan susulan kontroversi melibatkan karya karikatur dihasilkannya yang menunjukkan penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Fahmi direman sehari dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram