
AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan lesen pengendali syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lalu.
Pembatalan lesen pengendalian Tashveen Trading itu juga berkuat kuasa pada Khamis.
"Dengan pembatalan lesen pengendali, syarikat tidak dibenarkan mengendalikan atau menyediakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah lesen pengendali itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA LAGI: Pemandu lori punca nahas FRU ditahan semula sejurus dibebaskan sebab kes curi lembu
BACA LAGI: Pemandu lori direman, 5 anggota FRU terlibat nahas masih kritikal
Rudi mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada 16 Mei lalu.
Siasatan Apad juga mendapati syarikat itu gagal mematuhi keperluan keselamatan Kod Amalan Perindustrian.
Syarikat itu juga gagal memastikan sistem kedudukan global berfungsi dan tamat tempoh, membawa muatan yang ditetapkan dalam permit kenderaan dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Apad juga menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan memandu oleh kenderaan darat awam yang boleh menyebabkan kemalangan dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
"Apad juga ingin menasihati semua pengendali berlesen supaya mematuhi syarat lesen yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini dan boleh menyebabkan pembatalan lesen," tambahnya.
Terdahulu, pemandu lori yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin.
Pemandu, Rudi Zulkarnain Md Radi dibebaskan dengan ikat jamin yang dibayar oleh majikannya sebanyak RM6,000 di Mahkamah Majistret Teluk Intan.
Dalam kejadian sama, sembilan anggota FRU maut dan sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lori dipandu Rudi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram