[VIDEO] Ayah asal seberang sanggup tinggal bawah jambatan, makan cuma sekali seminggu demi susu anak


  • Benua
  • Jumaat, 30 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan Achmad dan bayinya yang hidup di bawah jambatan Sidoarjo, Indonesia sejak 2023.

DI sebalik kemewahan kota dan hiruk-pikuk kenderaan, adanya seorang bapa yang bergadai nyawa demi menyara keluarganya di bawah jambatan Sidoarjo, Indonesia.

Lelaki bernama Achmad Yusuf Afandi itu dilaporkan sanggup menahan lapar selama berhari-hari untuk memastikan kelangsungan bayinya yang baru berusia 11 bulan.

Achmad juga terpaksa mencatu makanannya dan hanya makan sekali dalam seminggu serta mengasingkan wangnya demi membeli susu dan keperluan anaknya.

BACA LAGI: Bimbang harga barang naik, peniaga kecil sokong saranan tangguh dulu laksana tong gas ungu

BACA LAGI: [VIDEO] Kereta kena conteng di flat Keramat, pemilik dakwa angkara cop parkir

 

 

 

 

Berdasarkan laporan agensi, lelaki itu membuat keputusan menjaga anaknya di bawah jambatan selepas tidak lagi mampu membayar sewa rumah sejak 2023.

"Saya tidak ada duit untuk menyewa lagi, saya terpaksa tahan lapar hanya untuk susu anak.

"Saya hanya makan seminggu sekali agar anak saya masih ada susu," katanya.

Kisah menyentuh hati itu juga mula tersebar luas selepas videonya dikongsikan pengguna akaun @najib_spbu tular di media sosial sejak Jumaat.

Video itu juga memaparkan keadaan dan kehidupan Achmad dan anaknya yang begitu daif dengan beberapa perabot lusuh.

Bukan itu sahaja, bunyi kenderaan yang sangat kuat juga dilihat kurang sesuai untuk bayinya.

Menurut Achmad, dia juga terpaksa menjaga anaknya seorang diri selepas isterinya meninggal dunia.

"Isteri saya ketika itu tidak sedarkan diri, kemudian meninggal dunia di hospital.

"Saya yang bawa jenazahnya ke keluarga di Jember dan kebumikan di sana," ujarnya.

Meskipun hidup dalam kemiskinan, Achmad tidak berputus asa mencari rezeki dan berkorban demi menjaga anaknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram