
SEORANG penunggang dilaporkan maut selepas digilis sebuah lori di satu persimpangan di Klang Selangor pada Sabtu.
Klip mengenai kejadian tersebut tular di media sosial sejak Ahad.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, seorang penunggang dilihat berada di hadapan sebuah lori yang sedang membelok ke kiri untuk memasuki simpang.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Di dalam video tersebut, penunggang terbabit didapati terheret sebelum terperosok di bawah kenderaan berat berkenaan.
Lori terbabit dilihat meneruskan perjalanan memasuki simpang dengan mangsa dan motornya dipercayai turut digilis oleh tayar belakang lori itu.
Tidak dapat dipastikan sama lori berkenaan berhenti sejurus kemalangan.
Di media sosial, rata-rata warganet menimbulkan mengenai punca kejadian tersebut dengan ada antaranya menyifatkan terdapat kemungkinan kemalangan itu terjadi kerana kecuaian pemandu tersebut.
"Blindspot atau kes (kecuaian) lori lagi...," tulis Joekim Mako yang memuat naik video kemalangan berkenaan di Facebook.
Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram