[VIDEO] Lelaki miliki 23 rekod jenayah, 2 wanita ditahan polis lepas aksi kejar mengejar di Kajang


  • Kes
  • Ahad, 25 Mei 2025

Seorang lelaki bersama dua lagi wanita ditahan selepas kenderaan dinaiki mereka dipintas polis di sekitar Taman kajang Mewah pada Sabtu.

SEORANG lelaki dengan 23 rekod membabitkan kes jenayah dan dadah bersama dua lagi wanita ditahan selepas kenderaan dinaiki mereka dipintas polis di sekitar Taman kajang Mewah, dekat Kajang, Selangor awal pagi Sabtu.

Kejadian tersebut turut tular di laman media sosial pada hari yang sama yang turut memaparkan memaparkan penahanan suspek oleh anggota unit peronda (MPV).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mengesahkan kejadian tersebut selepas rakaman video kejadian tular di media sosial.

BACA LAGI: Selepas 2 jam ambulans tak muncul, penduduk Puncak Alam nekad hantar mangsa kemalangan ke hospital, 'seru' ahli parlimen segera bertindak

BACA LAGI: Ramai tak sedar, wanita gemuk lebih sukar lahirkan anak secara normal, legasi berisiko ada masalah jantung dan hati — Pakar

"Kejadian berlaku sekitar pukul 2.10 pagi dan tangkapan dilakukan ke atas tiga warga tempatan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 28 hingga 30 tahun.

 

 

 

 

"Suspek lelaki mempunyai 23 rekod lampau membabitkan pelbagai kes jenayah dan dadah. Pemeriksaan lanjut turut menemui dadah bersama mereka iaitu syabu seberat satu gram," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Naazron turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-3818422 untuk membantu siasatan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram