
ENAM orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah trak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jalan Teluk Baru dekat Langkawi, Kedah pada Jumaat,
Dalam insiden tersebut, sebuah trak TLDM berkenaan membawa 28 anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa, Lima 2025.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, kejadian berlaku berhampiran simpang tiga Jalan Teluk Baru dan Pantai Cenang.
BACA LAGI: Ramai kata nasi ayam gepuk mahal, rupanya gajus punca harga cecah belasan ringgit
BACA LAGI: Terpalit kontroversi hantar mesej tak senonoh kepada budak bawah umur, CEO Batu ditahan polis Gombak
Enam orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah trak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jalan Teluk Baru pada Jumaat pic.twitter.com/SzqG5AYxz4
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 23, 2025
"Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3 petang sebelum jentera dan pasukannya tiba kira-kira lima minit kemudian.
"Pemeriksaan di lokasi didapati kemalangan jalanraya melibatkan lima buah kenderaan, iaitu sebuah lori TLDM, sebuah kereta Toyota Avanza, dua buah kereta Perodua Axia dan sebuah Perodua Viva," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau lagi, terdapat 30 orang mangsa terlibat, enam daripada mereka dilaporkan cedera termasuk seorang wanita.
"Tiga daripada yang cedera dimasukkan ke hospital, masing-masing di Zon Merah, Kuning dan Hijau.
"Mangsa di Zon Merah telah mengalami kecederaan di tengkuk,” katanya.
Operasi tamat pada pukul 3.31 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram