Polis turut siasat dakwaan mangsa lain kiriman melampau babit CEO Batu


  • Kes
  • Sabtu, 24 Mei 2025

Muhd Iqbal tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa susulan siasatan berkaitan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada Khamis.

POLIS akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan terbaharu berkaitan hantaran mesej berbaur lucah dibuat seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Batu.

Terdahulu, penyanyi yang juga pempengaruh, Caprice menerusi laman sosial Instagram miliknya mendedahkan tangkap layar kiriman mesej antara suspek dan mangsa baharu lain.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan ketika ini tertumpu kepada kes dilaporkan.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

“Suspek sedang ditahan reman sehingga 26 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Setakat ini tiada laporan lain diterima,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan CEO Batu atau nama sebenarnya, Muhd Iqbal Mohd Nor tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa susulan siasatan berkaitan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada Khamis.

Mohd Iqbal yang berusia 22 tahun itu hadir secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor sebelum ditahan dan direman bagi membantu siasatan lanjut pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram